Kenapa UMNO nak jatuhkan kerajaan sendiri, soal Shahidan

July 4, 2021 · Politik

Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan bahawa UMNO tidak sepatutnya menjatuhkan kerajaan sendiri walaupun duduk di dalam pemerintahan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Bersatu.

“Orang yang paling banyak duduk dalam Kabinet ialah UMNO-BN, 21 kerusi. Bersatu kurang lagi, PAS cuma tiga orang menteri, GPS pun tiga.

“Jadi yang paling besar adalah UMNO. Ia adalah parti dominan dalam kerajaan PN. Jadi kalau tak kena di mana-mana, bukan kerajaan itu yang patut dipersalahkan, tapi kena tanya wakil UMNO lah,” tegas beliau.

Ahli Parlimen Arau yang juga bekas Menteri Besar Perlis itu menyindir sesetengah pemimpin UMNO yang kadang-kala melihat PN bukan kerajaan mereka.

Memetik temu bual beliau bersama Mingguan Malaysia hari ini, Shahidan berkata disebabkan itu beliau tidak faham kenapa Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekarang memberi sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, sedangkan Perhimpunan Agung UMNO menolaknya.

“Yang saya tidak faham adalah Presiden parti dalam ucapannya menyebut dengan terang bahawa sokong PN sehingga pilihan raya, No Anwar, No DAP. Tapi kita tengok, sudah ada sokongan dibuat kepada Anwar.

“Kemudian kerajaan PN ini sepatutnya kita tak perlu buat ugutan, tapi kita terus bekerjasama. Misalnya, kalau kita hendak buat persidangan Parlimen, datang bekerjasama, berbincanglah sebab ini kerajaan kita.

“Itulah persoalan yang saya tak faham, kenapa orang kanan parti melanggar keputusan parti, tapi tidak diambil tindakan atau tidak dipercakapkan, malah orang mempertahankan.

“Sedangkan melanggar keputusan parti itu adalah kesalahan, melanggar keputusan PAU, walhal dalam PAU disebut menyokong kerajaan PN sehingga pilihan raya, No Anwar, No DAP. Jadi itu adalah keputusan PAU, dan saya ini tak pernah melanggar keputusan parti, saya ikut keputusan parti. Tapi kalau didapati ada orang yang mengumpul SD untuk menyokong Anwar, sesungguhnya saya tidak faham,” katanya.

Sebelum ini, Zahid yang telah menguasai sepenuhnya Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dilihat berusaha membawa parti itu untuk memberi sokongan kepada Anwar dengan mengutip akuan bersumpah (SD) Ahli Parlimen UMNO bagi menjatuhkan kerajaan PN.

Tindakan Zahid diawali dengan perbualan telefon bersama cikgunya ketika PAU 2020 Mac 2021 yang didedahkan Agenda Daily pada 7 April lalu, sedang berbincang strategi politik mereka.

Rentetan daripada itu Presiden UMNO berkenaan mula melaksanakan beberapa rancangan dan mengeluarkan kenyataan yang lebih memihak kepada blok pembangkang dan Anwar.

Selepas membuat ugutan kepada kerajaan PN, yang terakhir ini Zahid dilaporkan berusaha mendapatkan sebanyak mungkin SD Ahli Parlimen UMNO bagi menaikkan cikgunya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok