Kenapa PMX tak hiraukan suara bantahan rakyat, kata Gerakan

April 29, 2023 · Politik

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) membidas kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin DAP kerana tidak menghiraukan suara bantahan rakyat berhubung projek penambakan Penang South Island (PSI).

Timbalan Presidennya, Oh Tong Keong menggesa supaya kerajaan campuran dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan dalam isu tambakan laut PSI walaupun sudah menerima kelulusan Laporan Kajian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).

Menurut beliau, projek tebus guna tanah di bahagian selatan Pulau Pinang itu hamya akan menguntungkan pemaju yang menyertai projek tersebut.

”Bagaimanapun kehidupan penduduk setempat terutama nelayan yang turun ke laut untuk mencari rezeki akan terjejas.

”Projek tebus guna tanah ini akan merosakkan alam semula jadi secara serius dan menjejaskan ekologi marin, ia adalah projek yang boleh membawa malapetaka kepada penduduk setempat dan penduduk Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Projek PSI atau dahulunya dikenali sebagai projek tambakan laut selatan (PSR) merupakan projek seluas hampir 17 kilometer persegi membabitkan pembangunan tiga pulau buatan berkeluasan 1,700 hektar di perairan Permatang Damar Laut berdekatan Bayan Lepas.

Sebelum ini, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mengumumkan projek PSI itu telah memperoleh kelulusan EIA daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Menurut Tong Keong yang juga Pengerusi Gerakan negeri, Anwar pada 2019 pernah membuat kenyataan menentang penambakan di bahagian selatan Pulau Pinang berkenaan.

”Sehubungan itu, Anwar harus berdiri tegas dan perlu campur tangan sebagai Perdana Menteri untuk membatalkan projek PSI ini bagi mengelakkan ia merosakkan ekologi semula jadi dan menjejaskan mata pencarian nelayan,” katanya.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Popular
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok