Kenapa PKR lantik orang hina Agong jadi Setiausaha Penerangan? soal Wan Saiful

July 20, 2023 · Politik

PKR dibidas melantik seorang ahlinya dengan jawatan tinggi walaupun didakwa di mahkamah kerana menghina institusi Raja sebelum ini.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan PKR bersikap hipokrit apabila membela ahlinya, Iswardy Morni yang menghina Raja secara terang-terangan dengan memberi jawatan Setiausaha Kerja Penerangannya pada Jun baru-baru ini.

“Ini penghinaan yang jelas, terus terang tak ada sembunyi langsung. Mengutuk, menghina Yang di-Pertuan Agong, siap boleh buat video, tak ada malu, tak ada segan, tak ada.

“Dia kata apa? Tuanku-Tuanku, macam dengan kawan-kawan. Kalau Google tahulah boleh jumpalah video dia itu.

“… Kalau nak kenakan tindakan betul-betul menghormati institusi Diraja, orang macam ni bukan saja patut dikenakan tindakan undang-undang sepatutnya dipecat daripada parti PKR… Tapi apa yang Anwar Ibrahim buat?

“Apa dia buat? Yang dia buat ialah memberikan habuan jawatan baru sebagai dalam jentera penerangan Pakatan Harapan kepada orang yang bernama Iswardy Morni,” katanya semasa ceramah Perikatan Nasional (PN) di Guar Cempedak malam tadi.

Jelasnya lagi, tindakan memberi jawatan kepada Iswardy adalah bukti Pakatan Harapan (PH) hanya bercakap kosong kononnya mempertahankan institusi Raja.

“Kalau betul hormat kepada institusi Diraja, kenapa dia ini tak dikenakan tindakan… Ini diberikan jawatan yang membolehkan dia pergi satu Malaysia,” ujarnya lagi.

Wan Saiful juga mempersoalkan janji Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya mahu menghapuskan Akta Hasutan tetapi sebaliknya kini menggunakan undang-undang tersebut untuk menekan musuh politik.

Untuk rekod, Iswardy pada Jun 2021 didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan mengeluarkan kenyataan menerusi video secara langsung yang berbaur hasutan, bagi menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Iswardy, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mahyon Talib.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Iswardy didakwa mengeluarkan kenyataan melalui laman Facebook miliknya, dengan menyebut perkataan menghasut yang mempunyai kecenderungan mendatangkan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Wangsa Maju, di sini, jam 3 petang, pada 29 Mei lalu dan didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 (Akta 51), yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
7 jam lalu· Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Besar pengorbanan Muhyiddin hingga jawatan PM dilepaskan: Tajuddin
September 20, 2021
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023
Lagi Politik terkini
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
7 jam lalu · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Rafizi perlekeh kajian terbaharu Merdeka Center dakwa ‘rating’ Anwar jatuh
November 26, 2023 · Politik
Kerajaan campuran kedekut, pemberian wang ihsan kepada Kelantan berkurangan berbanding tahun lalu
November 26, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
8 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok