Kenapa kerap pemimpin UMNO kata Ismail Sabri PM jika BN menang?

November 16, 2022 · Politik

Sejak kebelakangan ini, pemimpin UMNO lebih kerap mengeluarkan kenyataan bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah Perdana Menteri (PM) kesepuluh jika Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Sabtu ini (19 November 2022).

Bukan sahaja terasa pelik apabila isu sama diulang-ulang oleh pemimpin dan calon BN yang bertanding, malah seolah-olah mereka memberi peringatan kepada ‘seseorang’ yang sedang mengintai kerusi PM, selain Ismail Sabri.

Pemimpin UMNO ini seakan tidak percaya dengan kenyataan presiden mereka sendiri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa Ismail Sabri adalah PM jika BN menang.

Apa lagi setelah Zahid sendiri sering mengulangi mengatakan Yang di-Pertuan Agong berhak memilih siapa sahaja menjadi PM jika BN menang PRU-15 ini.

Penegasan berulang bahawa Ismail Sabri adalah calon PM itu mungkin disebabkan diri beliau sendiri yang hanya berjawatan Naib Presiden UMNO, berbanding Zahid dan Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Timbalan Presiden – dua kedudukan yang lebih tinggi daripada Ismail Sabri.

Dalam sejarah Malaysia, presiden sesebuah parti politik yang mengetuai gabungan akan menjadi PM. Contohnya, sejak merdeka lagi presiden UMNO menjadi PM, dan selepas PRU-14, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengetuai gabungan Pakatan Harapan (PH) juga menjadi PM.

Demikian juga Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengetuai Perikatan Nasional, diangkat sebagai PM.

Namun, kini apabila Ismail Sabri iaitu naib presiden dan bukan pengerusi atau timbalan pengerusi gabungan BN, dicalonkan sebagai PM, ianya sesuatu yang janggal, apa lagi untuk mentadbir negara.

Walaupun, UMNO mendakwa Ismail Sabri menjaga negara manakala Zahid pula menjaga parti, ianya tidak pernah menunjukkan pembahagian kuasa yang adil apabila naib presiden terpaksa tunduk kepada kuasa yang ada pada presiden yang bersekongkol dengan timbalan presiden.

PM (naib presiden) terpaksa melaporkan segala rancangan kepada presiden dan Majlis Tertinggi yang dikuasai oleh presiden dan timbalan presiden. Usah dinafikan perkara ini kerana rakyat mengetahuinya.

Ini menunjukkan presiden UMNO akan lebih berkuasa dalam menentukan segala dasar yang akan dilaksanakan. Dan tidak salah jika wujud naratif bahawa ‘memberi satu undi kepada BN akan memberi jalan mudah kepada Zahid untuk berkuasa’.

Tetapi, adakah Zahid hanya akan menjadi penjaga parti? Bagaimana survival politiknya? Adakah dia tidak berminat kepada jawatan PM?

UMNO akan mengadakan pemilihannya enam bulan selepas PRU diadakan. Jika Ismail Sabri masih menjadi PM, beliau akan menentang Zahid untuk merebut jawatan presiden. Jika Ismail Sabri enggan berbuat demikian, ada lagi pemimpin, seperti Khairy Jamaluddin yang akan berbuat demikian.

Dengan pengaruh sebagai PM, Ismail Sabri berpeluang cerah untuk mengalahkan Zahid. Sebab itu, sudah timbul desas-desus bahawa selepas PRU-15 ini bukan Ismail Sabri yang akan menjadi PM, sebaliknya Zahid – demi survival politiknya dan cita-cita seorang presiden parti.

Selepas keputusan penuh PRU-15 diperoleh tengah malam Sabtu ini, Suruhanjaya Pilihan Raya akan menghubungi pengerusi parti yang menang memberitahu untuk menubuhkan kerajaan. Dalam hal ini, jika BN menang, SPR akan menghubungi Zahid, bukan Ismail Sabri.

Zahid juga akan ke Istana Negara keesokannya menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyembahkan nama ketua kerajaan. Adakah nama Ismail Sabri akan disenaraikan sebagai PM? Atau Zahid akan menjadi PM kesepuluh.

Tapi, jika BN kalah (termasuk di Bagan Datuk) dalam PRU kali ini, sudah pasti Zahid akan dipaksa berundur dan jawatan presiden akan terbuka untuk dipertandingkan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
6 jam lalu· Politik
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
6 jam lalu· Politik
Ada kleptokrat jadi TPM, tak tahu kabinet Anwar ini apa dia? soal Samsuri
December 4, 2022· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
36 minit lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
3 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
4 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
4 jam lalu · Politik
Saya seleweng RM600 bilion?
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
59 minit lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok