Kenapa jawatan lain tak kena dipertandingkan pula, kata Ismail Sabri

January 14, 2023 · Politik

Keputusan tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi dalam UMNO tidak masuk akal apabila jawatan-jawatan lain dalam parti terdapat pertandingan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Naib Presiden UMNO itu mempertikai keputusan UMNO yang memuktamadkan tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tetapi bagi jawatan lain dalam parti perlu dipertandingkan, ia termasuk Naib Presiden, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Puteri.

“Kalau betul-betul tak nak perpecahan dalam parti tak payah ada pemilihan ketua bahagian, pemilihan di peringkat akar umbi. Sebab jika ada pemilihan berpecah juga, kenapa dua sahaja, kenapa naib presiden kena bertanding, nanti akan ada cakap berlaku perpecahan, ketua Pemuda kenapa bertanding, tak payah tanding lah.

“Kalau nak parti kita kuat, bukan hanya kita dalam UMNO tapi rakyat perlu kita tarik bersama, kita yang nak tengok perubahan dalam parti.

“Malah kita bercakap soal nak menang PRU, adakah tawaran baru kita kepada rakyat dalam UMNO sudah mati?” soalnya semasa sidang media hari ini.

UMNO terdahulu meluluskan usul hari ini untuk membenarkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dicabar pada pemilihan yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Ismail juga bimbang keputusan itu bakal menghakis kepercayaan orang muda terhadap UMNO dan bertentangan proses peremajaan parti dengan tidak mengamalkan demokrasi.’

“Saya bimbang dalam perbahasan kita banyak cakap soal nak kembalikan kepercayaan orang muda kepada parti, kita bercakap soal demokrasi tetapi ini (keputusan tidak mempertandingkan) bertentangan idealisme mereka dan hak bertanding.

“Saya takut bukan sahaja tidak boleh menarik tetapi menjauhkan orang muda kerana tak ada keyakinan kepada kita,” katanya lagi.

Menurutnya, UMNO juga bakal dilihat sebagai parti yang tidak memberi kebebasan kepada ahlinya terutama dalam menentukan pucuk pimpinan.

“Ada perwakilan mengatakan selama ini tak ada pertandingan, bezanya dulu zaman Dr Mahathir Mohamad 22 tahun jadi Presiden tak ada pertandingan sebab tak ada arahan dikeluar supaya tak dipertandingkan, tak ada orang nak lawan, itu beza dia,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok