Kenapa DAP membisu sekarang? Adakah mereka sedang ‘bekerja’?

January 9, 2023 · Politik

Tidak banyak isu yang dibangkitkan pemimpin DAP setelah sekali lagi berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama UMNO menerusi Pakatan Harapan (PH).

Pemimpin parti itu sekarang ini dilihat lebih banyak mendiamkan diri, setelah mengambil iktibar daripada pentadbiran 22 bulan PH yang gagal sebelum ini.

Mengulas isu itu, penganalisis politik Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata sebenarnya ultra kiasu di dalam kerajaan baharu itu sedang bekerja untuk menunjukkan kepada rakyat setelah dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.

“Tengok ultra kiasu sejak berada dalam kerajaan, senyap sahaja. Senyap tetapi mereka bekerja.

“Tidak seperti 22 bulan ketika dapat peluang memerintah selepas PRU14 dahulu. Dua puluh dua bulan dahulu, mereka begitu banyak belajar dan mengambil iktibar dan pengajaran

“Hari ini, menteri-menteri dan timbalan-timbalan serta yang dilantik berada dalam kerajaan semua buat kerja, sehingga kita sendiri menggelar mereka seperti Saidina Omar al-Khattab, walaupun saya naik termuntah apabila membacanya,” katanya menulis dalam Facebook beliau hari ini (9 Januari 2023).

Beliau sebelum ini merujuk DAP dan pemimpin ekstrem dalam MCA sebagai ultra kiasu.

Mengulas lanjut, Ridhuan Tee yang dilarang menjadi ahli panel program dakwah di RTM oleh kerajaan PH-BN mengimbas semula strategi DAP setelah berjaya menawan Pulau Pinang.

“Logiknya, mereka mestilah kena tunjukkan kepada orang Melayu hari ini. Mereka kena buat kerja. Maka turunlah mereka ‘sendirian’ ke tempat-tempat awam, seperti LRT, Keretapi, dan sebagainya, kononnya ‘tanpa pengawal’ atau pasukan pengiring.

“Tetapi ingat, strategi ini mereka uar-uarkan dalam media sosial, supaya dapat mencairkan hati Melayu. Selepas ini akan berkatalah orang Melayu, inilah Saidina Omar al-Khattab moden atau Umar Abdul Aziz moden.

“Inilah strategi ultra kiasu yang telah mereka belajar daripada ‘kesilapan’ sebelum ini. Saya masih ingat lagi, apabila mereka berjaya merampas Pulau Pinang, maka nama Khalifah Umar Abdul Aziz dijaja ke sana ke sini untuk mencairkan hati-hati Melayu.

“Memang waktu itu, kita berjaya dicairkan. Strategi ini dihidupkan kembali. Kita pun terpedaya dan cair, lalu berkata, inilah Umar Abdul Aziz moden
Apa yang menjadi mereka begitu komited kalau bukan tiga rukun politik tersebut,” katanya lagi.

Menurutnya tiga rukun politik orang Cina menyatukan mereka sehingga menjadi begitu kuat, iaitu pertama, jaga pendidikan kaum mereka, kedua, jaga NGO (parti politik) mereka agar terus kuat mendesak kerajaan dan ketiga, jaga media mereka.

Berita berkaitan
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
13 jam lalu· Isu semasa
Dicabar dedah penyata akaun, DAP kata enggan layan cabaran Bersatu
February 7, 2023· Politik
PM dan pemimpin PH bermesyuarat di ibu pejabat UMNO, Asyraf Wajdi sambut
February 7, 2023· Politik
Pemotongan peruntukan kepada MP perlu dikaji semula, kata Menteri Kerja Raya
February 6, 2023· Politik
Popular
KJ, Annuar, Noh bakal sertai PAS?
February 7, 2023
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
February 8, 2023
Bila jembalang jadi rakan, Melayu bangkit pertahan agama, bangsa
February 8, 2023
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
February 8, 2023
Lagi Politik terkini
Aminuddin bimbang KJ mungkin tanding PRN Negeri Sembilan
44 minit lalu · Politik
Bila jembalang jadi rakan, Melayu bangkit pertahan agama, bangsa
3 jam lalu · Politik
SPRM boleh siasat akaun bank parti tapi jangan bersifat politik: PAS
4 jam lalu · Politik
Dulu lantang kini diam, MUDA bidas pemimpin PH isu kapal tempur
6 jam lalu · Politik
MUDA kecil hati tak dijemput ke mesyuarat di pejabat UMNO, tapi logo di poster ada
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
12 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok