Kenapa Anwar keberatan nak lawan Zahid di Bagan Datuk?

September 27, 2022 · Politik

Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan lagi kononnya akan bertanding di kerusi Parlimen Ampang, nampaknya secara tidak langsung beliau masih tidak selesai memilih tempat untuk bertandingnya.

Ketua Pembangkang itu belum tahu kerusi mana hendak ditandinginya, jadi semasa sedang membuat pemilihan tersebut apa salahnya beliau menimbang untuk juga bertanding di kerusi Bagan Datuk dan melawan anak muridnya yang dicintai tersebut.

Seperti artikel terdahulu, Anwar dicadangkan untuk melawan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi membuktikan kemampuan dan kehebatannya untuk melawan anak murid yang sebelum ini secara tiba-tiba membuat pusingan U tidak menyokongnya untuk menjadi Perdana Menteri (PM).

Dengan hanya memenangi majoriti lima ribu lebih sahaja sebelum ini, kehadiran Anwar di Bagan Datuk pastinya akan memberi cabaran sengit dan tidak ditolak boleh menumbangkan UMNO yang sejak sekian lama menguasai kawasan tersebut.

Jika Anwar berani bertanding di Port Dickson yang sebelum ini menjadi kerusi tradisi UMNO dan Barisan Nasional, masakan beliau tidak boleh mengulangi sekali lagi kemampuannya untuk bertanding di kerusi yang baharu.

Keputusan bertanding di Bagan Datuk mungkin akan memberi kelebihan kerana sebagai cikgu kepada anak muridnya pasti pengundi akan memilih seorang cikgu kerana jasa didikannya yang pernah dicurahkan kepada para pelajar.

Daripada satu sudut lain, pemilihan Bagan Datuk akan menunjukkan Anwar sebagai seorang ketua yang berani mengambil risiko bertanding di kerusi yang tidak selamat dan ia pastinya akan menyebabkan rakyat mempunyai rasa hormat kepadanya.

Tambah-tambah calon lawannya seorang yang berdepan puluhan pertuduhan kes mahkamah, jadi laungan integriti dan menolak budaya korup rasuah adalah signifikan sekiranya Anwar bertembung dengan lawan yang terpalit dengan salah laku dan penyelewengan.

Namun, sehingga hari ini Presiden PKR itu masih belum memuktamadkan kerusi Parlimen yang bakal ditandinginya atau masih mencongak-congak kerusi selamat dan mudah untuk dimenangi?

Jika Anwar menolak untuk bertanding di Bagan Datuk, para pengundi sewajarnya perlu lebih berhati-hati kerana tidak mustahil kedua-dua mereka masih mempunyai perancangan di belakang tabir seperti yang pernah mereka lakukan dahulu.

Bukannya rakyat tidak tahu peranan Anwar dan Zahid sebelum ini yang berpakat dalam menjatuhkan kerajaan walaupun semasa sedang berdepan penularan Covid-19.

Jadi tidak mustahil juga selepas ini mereka berdua boleh berpakat sekali lagi, mungkin untuk membentuk kerajaan campuran bersama selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Di luar nampak bergaduh dan berperang, tetapi sebaliknya kedua-dua mereka mempunyai satu matlamat iaitu untuk menguasai kerajaan secara dominan.

Zahid perlu secepat mungkin untuk mengelak daripada nasib menimpa rakan karibnya, Datuk Seri Najib Razak akan berlaku terhadapnya juga, sementara Anwar pula yang sekian lama mengimpikan jawatan PM pasti tidak mahu peluang dilepaskan sekali lagi.

Tetapi Anwar perlu sedar, sokongan daripada blok pembangkang sahaja tidak mencukupi untuk menobatkannya sebagai PM, sebaliknya perlu mendapatkan lebih banyak sokongan khususnya daripada UNNO dan mungkin juga daripada pertolongan anak muridnya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
1 jam lalu· Politik
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
6 jam lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
7 jam lalu· Politik
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
11 jam lalu· Isu semasa
Popular
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
December 6, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
12 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
14 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
15 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
17 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok