Kena tegas, UMNO perlu buang pemimpin langgar disiplin

July 17, 2021 · Politik

Selepas tiada sebarang impak susulan keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) lalu yang mendesak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur, kini Datuk Mohd Puad Zarkashi mahu UMNO lebih tegas dan membuang pemimpinnya yang melanggar disiplin parti.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu meluahkan rasa kecewanya selepas tiada Menteri dan Timbalan Menteri daripada parti itu yang menyahut keputusan Mesyuarat MT pada 8 Julai lalu, sebaliknya masih kekal bersama dalam Kabinet, ia sekaligus memberi tamparan hebat terhadap Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Rakyat dan pandemik juga dijadikan alasan, perpecahan Melayu dijadikan alasan dan peruntukan kawasan juga jadi alasan.

“Tetapi apakah tidak ada titik noktah kepada gejala ini? UMNO perlu tegas. Tinggal 10.. 10 lah. Tinggal tiga, tigalah,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Jelasnya, perpecahan dalaman UMNO berpunca daripada kumpulan yang menentang keputusan parti dan sanggup bertindak membelakangi pendirian parti kerana mahu mengekalkan jawatan mereka.

“Orang kata UMNO berpecah. UMNO dikatakan berpecah bukan kerana pemilihan parti tetapi UMNO nampak berpecah kerana ada yang menentang keputusan parti. Mereka sanggup jadi ‘power broker’, jual parti dan berunding tanpa restu parti. Puncanya, untuk kekal jawatan dan takut tindakan,” katanya lagi.

Beliau memberikan contoh senario politik yang berlaku di Sabah, UMNO masih kekal kukuh walaupun ramai pemimpin utama keluar meninggalkan parti dan kemudiaan ia berjaya dipulihkan kekuatannya, seramai 21 ketua bahagian sebelum ini bertindak keluar parti.

Jelasnya, hanya tiga pemimpin parti itu yang istiqamah dengan UMNO iaitu Datuk Seri Bung Moktar Radin (Timbalan Ketua Menteri Sabah), Datuk Raime Unggi (Ahli Parlimen Tenom) dan Datuk Yakub Khan (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah).

“Mereka yang lari itu bukan kecil anak. Sembilan ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), lima ahli Parlimen dan dua orang Senator. Bukan calang-calang, tetapi UMNO umpama habis madu sepah dibuang.

“Tetapi adakah UMNO Sabah tersungkur? Ahli dan pemimpin bawahan tidak lari. (Sebaliknya) Timbalan, naib, ketua wanita dan ketua pemuda tampil menggalas tugas ketua bahagian yang lari,” ujarnya lagi.

Dalam meneruskan perjuangan parti, Puad menegaskan UMNO tidak boleh apologetik kerana kononnya takut perpecahan dan perlu mengambil tindakan segera terhadap mereka yang terang-terang melanggar disiplin parti itu.

Tegasnya, disiplin tetap disiplin dan melanggar disiplin ada musibahnya.

“Tiada kompromi dalam bab tatatertib. Tinggal tiga, tigalah. Ahli tidak lari. Di sebelah sana nanti akan sampai giliran mereka, habis madu sepah dibuang,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
22 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Selepas Noh, Khairy juga dipecat dan Hishammuddin digantung keahlian
January 28, 2023
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok