Kena bersedia sekarang, PM beri bayangan PRU-15 diadakan bila-bila masa

June 19, 2022 · Politik

Jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu bersiap-sedia bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang boleh diadakan bila-bila masa sahaja.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tempoh berakhir penggal kerajaan sekarang adalah pada Julai 2023 dan ia semakin hampir kerana tempoh setahun itu semakin dekat, malah tidak menolak kemungkinan PRU-15 boleh diadakan sebelum Julai tahun depan.

“Walaupun tamat tempoh Julai, ianya lebih kurang setahun sahaja dari sekarang, setahun tidak lama bagi parti-parti politik menghadapi pilihan raya, setahun bukanlah jangka masa yang lama.

“Sebab itu kita kena bersedia sentiasa, itu kalau paling lewat setahun, pilihan raya mungkin diadakan lebih awal daripada tarikh akhir penggal.

“Maknanya kalau paling lewat setahun, kalau lebih awal jangka masa itu lebih dekat, sebab itulah saya minta di Bera ini, semua jentera, tak kira UMNO, Barisan Nasional perlu sentiasa bersiap siaga, kerana akhirnya pilihan raya akan tiba juga,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Naib Presiden UMNO itu terdahulu mengadakan perjumpaan khas dengan petugas Jalinan Rakyat (JR) Wanita di Bera, hari ini.

Mengulas mengenai perjumpaan bersama petugas JR diadakan itu, Ismail berkata, dia bangga kerana usaha diadakan membabitkan sayap wanita dari Umno, MCA dan MIC melakukan kajian sikap pengundi di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, dia enggan mengesahkan perjumpaan terbabit sebagai tanda bahawa PRU-15 akan diadakan dalam masa terdekat.

“Soal bila pilihan raya, saya dah bagitahu jangan tanya, tapi perlu bersedia, bersiap siaga.

“Saya dah kata, biasanya, dari dulu pun tidak pernah kita berbincang di khalayak tentang tarikh pilihan raya, jadi tunggulah,” katanya lagi.

PRU-15 mesti diadakan selewat-lewatnya pada pertengahan September 2023, iaitu dalam tempoh 60 hari selepas penggal Parlimen kini terbubar secara automatik pada 16 Julai 2023.

Sebelum ini, ramai pemimpin politik terutama dalam kalangan parti UMNO menggesa agar PRU-15 dapat diadakan dengan segera.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa pemimpin Kluster Mahkamah lain yang sedang berdepan perbicaraan berterusan memberi tekanan kepada Ismail Sabri agar mempercepatkan PRU-15 segera.

Terdahulu, Zahid membidas pembangkang sebagai penakut untuk berdepan PRU-15 dan hanya tahu memberi banyak alasan untuk mengelak daripada ia dijalankan.

Ujarnya, langkah mengadakan PRU-15 adalah jalan sebaiknya daripada berterusan dengan kerajaan campuran yang sedang ditadbir oleh Ismail Sabri, malah mencabar pembangkang untuk berani mendesak supaya ia disegerakan.

Berita berkaitan
Annuar perjelas punca harga barang naik
31 minit lalu· Isu semasa
Henti berbalah, UMNO perlu rapatkan barisan hadapi PRU-15: Hishammuddin
38 minit lalu· Politik
SD sokong Anwar, Zahid tak pernah minta saya tandatangan: Annuar
9 jam lalu· Politik
Kurangkan subsidi, tapi kerajaan bagi rakyat RM100 dan RM50 saja: Guan Eng
11 jam lalu· Isu semasa
Popular
UMNO perlu buat pemilihan, Nazri, pakar beritahu sebab-sebabnya
July 1, 2022
Kenyataan Anwar pelik, kata Najib
July 1, 2022
SD sokong Anwar, Zahid tak pernah minta saya tandatangan: Annuar
July 1, 2022
Saya tak terlibat SD, pegang prinsip UMNO No DAP No Anwar: Shahidan
July 1, 2022
Lagi Politik terkini
Saya tak terlibat SD, pegang prinsip UMNO No DAP No Anwar: Shahidan
4 jam lalu · Politik
Kenyataan Anwar pelik, kata Najib
6 jam lalu · Politik
UMNO perlu buat pemilihan, Nazri, pakar beritahu sebab-sebabnya
11 jam lalu · Politik
Jawab dahulu SD sokong Anwar, bukan sibuk desak bubar MPN
June 30, 2022 · Politik
Sepatutnya Anwar mengaku ditipu Najib dan Zahid, bukan putar belit isu SD UMNO
June 30, 2022 · Politik
Video / Foto
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
3 jam lalu
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
June 30, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok