Kempen PN Jasin tak terjejas

November 5, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) Melaka tidak langsung terjejas susulan tindakan beberapa individu daripada Bersatu Bahagian Jasin, mengisytiharkan keluar parti, menyusul penamaan calon mereka yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Dr Mohd Yadzil Yaakub berkata tindakan pemimpin bahagian Jasin itu tidak menggugat perjalanan kempen parti itu menghadapi PRU-15.

“Kita dalam suasana perang, jadi akan ada banyak strategi oleh pihak lawan. Kami percaya ini juga adalah antaranya, selain kehendak peribadi.

“Kami sebagai ahli Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) terus komited, tidak hirau apa juga serangan dibuat dan ia tidak menggugat perjalanan jentera untuk memenangkan calon PN,” katanya pada sidang media di Kota Fesyen di Melaka, petang ini.

Dr Mohd Yadzil yang juga Pengerusi PN neegeri, mendakwa ada beberapa fakta yang diutarakan oleh Ketua Srikandi Bersatu bahagian Jasin, Azalina Abdul Rahman, itu sebagai tidak tepat.

“Kalau ikut apa dicakapkan banyak fakta bercanggah jadi saya tidak yakin apa yang dicakapkan itu menunjukkan apa sebenarnya.

“Ikut perlembagaan pun tiada istilah terkubur, jentera terus bergerak. Pemimpin keluar silih berganti siapa hendak teruskan perjuangan silakan. Siapa tidak mampu ikut arus yang ditetapkan kami tidak halang,” katanya menurut BH.

Terdahulu, media mendakwa Bersatu Bahagian Jasin lumpuh apabila sebahagian besar kepemimpinan bahagian dan cawangan parti itu mengumumkan keluar parti, berkuat kuasa hari ini.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Saya seleweng RM600 bilion?
21 jam lalu· Rencana
Lantik Zahid jadi TPM pengkhianatan terbesar Anwar dan PH kepada rakyat
December 2, 2022· Politik
Tak perlu gaduh, elok BN dan PH tarik diri di Padang Serai: Azman
December 1, 2022· Politik
Lagu tema PH ‘penyamun’ tidak dimainkan semasa ceramah PH-UMNO di Padang Serai dan Tioman?
December 1, 2022· Politik
Popular
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
December 6, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
1 jam lalu · Politik
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
6 jam lalu · Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
8 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
12 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok