Kemenangan UMNO di Johor mungkin buka laluan kepada PRU-15, adakah Ismail Sabri bersedia?

February 15, 2022 · Politik

Risiko lebih besar bakal dihadapi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekiranya UMNO bakal meraih satu lagi kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor seperti yang berlaku di Melaka.

Tidak pasti samaada Perdana Menteri (PM) Kesembilan itu sedar atau tidak dengan episod satu lagi kemelut politik yang bakal dihadapinya selepas PRN Johor, namun beliau wajar bersedia dengan sebarang kemungkinan langkah seterusnya bakal diambil oleh kumpulan Kluster Mahkamah selepas ini.

Kumpulan yang berkuasa dalam UMNO terdiri daripada beberapa individu berdepan puluhan pertuduhan di mahkamah sedang rancak mencari jalan untuk melepaskan diri, kes-kes mahkamah yang dihadapi sedang menghimpit mereka.

Masa itu emas bagi kumpulan Kluster Mahkamah, sekiranya tidak ada langkah segera diambil berkemungkinan nasib mereka akan berakhir di sebalik tirai besi dan tidak ada jalan lain selain mendesak supaya pilihan raya umum (PRU) segera diadakan.

Seperti ramalan awal Agenda Daily sebelum ini yang sudah dapat menjangkakan PRN Johor akan diadakan selepas Melaka, Ismail Sabri juga bakal berdepan desakan dalam partinya sendiri untuk membubarkan Parlimen selepas Johor nanti.

Mungkin Ismail Sabri sendiri naif dan terlalu lurus bendul tidak dapat membaca percaturan politik yang sedang dibuat oleh kumpulan Kluster Mahkamah, namun dengan rancangan satu persatu kumpulan tersebut diharapkan beliau sudah ada berkesedaran diri realiti yang bakal dihadapinya.

Jika perkara ini berterusan, Ismail Sabri bakal menjadi PM paling singkat dalam sejarah dan perlu menjadi seorang yang berani untuk membuat keputusan politik walaupun terpaksa menelan pahitnya, namun itu adalah realiti sebenar dalam politik.

Musuh sebenar Naib Presiden itu bukan datang daripada Perikatan Nasional (PN) mahu pun parti pembangkang, tetapi musuh sebenar adalah daripada dalam partinya sendiri dan beliau seakan tidak memiliki suara untuk melawan mereka.

Blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) sudah memberikan kata dua kepada Ismail Sabri dengan meletak syarat Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti perlu diluluskan pada sidang Dewan Rakyat Mac depan, jika tidak mereka akan menarik sokongan.

Dengan amaran yang datang daripada cikgu Presiden UMNO itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara tidak langsung memberi isyarat bakal sekali lagi akan bergandingan dengan anak muridnya untuk mewujudkan satu lagi kemelut politik.

Krisis politik tahun lalu juga berpunca akibat komplot beregu cikgu dengan anak murid iaitu Anwar dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, nampaknya ia juga bakal mengulang episod sama yang berlaku tahun lalu.

Adakah Ismail Sabri masih tidak percaya kedua-dua cikgu dan anak murid itu mempunyai hubungan istimewa? Apakah hubungan istimewa tersebut? Mungkin Ismail Sabri sepatutnya lebih banyak duduk dan mendengar cerita lama orang politik bagi memahami senario hubungan istimewa tersebut.

Desas-desus kebimbangan dalam kem penyokong Ismail Sabri berhubung tindakan seterusnya kumpulan Kluster Mahkamah selepas PRN Johor sudah menjadi topik perbualan hangat, tetapi mereka tidak mempunyai pengaruh dan daya kemampuan berfikir untuk mencari jalan mematikan langkah tersebut.

Kedudukan Naib Presiden UMNO tidak sekuat atau sama tarafnya dengan Presiden, Zahid yang mempunyai lebih banyak kuasa, malah tandatangannya lebih laku sekiranya sesiapa mahu bertanding dalam PRU selepas ini.

Watikah lantikan calon hanya akan ditandatangani Zahid, perkara itu yang menggusarkan semua orang UMNO dan mahu tidak mahu terpaksa mengikut telunjuk hala tuju yang dirancang oleh anak murid Anwar itu.

Pemilihan parti itu juga sudah ditangguhkan selama 18 bulan bermula 30 Jun tahun lalu, tempoh masa itu memberikan masa untuk Zahid meneruskan sebarang langkah seterusnya tetapi ia mesti dilaksanakan sebelum berakhir pemilihan parti.

Spekulasi PRU akan diadakan sebelum pemilihan parti bukan cerita dongeng, tapi siapakah calon PM yang akan diletak UMNO pada PRU-15 nanti jika ia diadakan sebelum pemilihan parti diadakan?

Zahid tidak akan menamakan dirinya kerana kes mahkamahnya, namun individu dikatakan lebih setia dan mudah mengikut cakap Zahid adalah Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan yang akan dicalon sebagai PM mewakili UMNO dan bukannya Ismail Sabri.

Selagi pemilihan parti tidak diadakan, Ismail Sabri tidak akan diletak sebagai calon PM pada PRU-15 nanti kerana orang kedua tertinggi dalam parti akan dipilih bagi jawatan nombor satu negara itu.

Sudah bersediakah Ismail Sabri selepas PRN Johor ini?

Berita berkaitan
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
10 jam lalu· Politik
UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid
10 jam lalu· Politik
Komuniti perniagaan Arab Saudi dipelawa PMX melabur di Malaysia
March 24, 2023· Isu semasa
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
March 22, 2023· Politik
Popular
Selain 16 kerusi dimenangi, DAP mahu lagi DUN Selangor untuk ditandingi
March 26, 2023
UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid
March 26, 2023
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
March 26, 2023
PRN: Amirudin kata pengundi bukan Melayu kekal sokong PH Selangor
March 26, 2023
Lagi Politik terkini
DAPsy usah berkokok di luar gelanggang bela Guan Eng
3 minit lalu · Politik
PRN: Amirudin kata pengundi bukan Melayu kekal sokong PH Selangor
14 jam lalu · Politik
Selain 16 kerusi dimenangi, DAP mahu lagi DUN Selangor untuk ditandingi
16 jam lalu · Politik
Kebimbangan kebebasan bersuara disekat meningkat bawah kerajaan Anwar: Media Singapura
23 jam lalu · Politik
PRN: UMNO ada senjata tekan parti komponen PH beri kerusi sama rata
March 26, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok