Kemelut politik Melaka, PN masih sokong Ketua Menteri: Rafiq

October 1, 2021 · Politik

Spekulasi kemelut politik Melaka semakin hebat diperkatakan selepas terdapat ura-ura gerakan untuk menyingkirkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Bagaimanapun, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohidee menegaskan tidak terlibat dalam gerakan yang didakwa dirancang boleh beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk menjatuhkan Sulaiman.

“Saya berharap, segala kemelut politik yang dicetuskan dapat dihentikan dengan segera demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Melaka,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau yang juga ADUN Paya Rumput berkata, sepatutnya fokus pada ketika ini adalah tertumpu kepada usaha pemulihan kesihatan dan ekonomi susulan pandemik Covid-19.

“Saya berpendapat, segala fokus ketika ini harus tertumpu kepada usaha pemulihan negara dan negeri Melaka terutamanya kesihatan serta ekonomi rakyat,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan spekulasi yang mendakwa kerajaan negeri Melaka bergolak apabila empat ADUN kerajaan dikatakan bakal melompat ke Pakatan Harapan (PH).

Kerajaan negeri mempunyai 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), pembangkang pula 11.

Berita berkaitan
ADUN Kota Seputeh terlibat kemalangan dekat Arau
December 13, 2023· Isu semasa
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Kerajaan campuran kedekut, pemberian wang ihsan kepada Kelantan berkurangan berbanding tahun lalu
November 26, 2023· Politik
Wanita larikan bar emas ditahan polis di Melaka
November 8, 2023· Isu semasa
Popular
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
PRU-15: Perutusan Khas Muhyiddin
November 18, 2022
Dulu kata Dr M mahazalim, sekarang siapa mahazalim, mahafiraun?
March 13, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok