Kemelut dalaman PKR Negeri Sembilan, Rafizi kata pemilihan calon PRN telus

July 30, 2023 · Politik

Pemilihan calon PKR di Negeri Sembilan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini dilakukan secara telus dan mengikut proses ditetapkan parti, kata Timbalan Presidennya Rafizi Ramli.

Beliau berkata keputusan itu mengambil kira keseimbangan barisan calon dengan membuka ruang kepada golongan wanita, sesuai dengan usaha kepimpinan tertinggi PKR untuk memberi nafas baharu kepada parti, menurut laporan Bernama.

“Kita ada tiga peringkat tapisan sebelum ia diputuskan oleh Presiden PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim)… saya pun sebenarnya tidak tahu senarai akhir (calon yang telah disenarai pendek) itu sehingga diumumkan… kita nak kekalkan supaya ada penyertaan calon wanita lebih tinggi.

“…dulu sebelum Kerajaan Perpaduan, PKR boleh bertanding banyak kerusi, sekarang kita ada enam sahaja. Jadi enam itu kita nak pastikan satu pertiga itu wanita jadi calon di Negeri Sembilan, oleh itu, seseorang perlu mengundur diri. Keputusan itu bukan soal siapa dapat, siapa tak dapat, itu keputusan parti,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah Program Jelajah MADANI di pekarangan Pusat Perniagaan Taman Megaway malam tadi.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek yang dilaporkan mendakwa namanya tidak dicalonkan sebagai calon PKR bagi mewakili Pakatan Harapan (PH) di kerusi itu atas arahan Rafizi dan pengerusi PH negeri Datuk Seri Aminuddin Harun.

Pengarah Pilihan Raya PKR itu turut menafikan dakwaan bahawa nama Mohamad Rafie digugurkan disebabkan kelantangannya dalam mengkritik pimpinan Aminuddin sebagai Menteri Besar dengan mengambil contoh pencalonan muka baharu di negeri-negeri lain yang menghadapi PRN.

“Yang lain pun kena gugur juga… ada yang kritik kasar ke apa ada yang dikekalkan, sebab kalau tengok dalam PKR kali ini langsung tidak timbul soal faction (puak), tak ada langsung. Kita memerlukan keseimbangan penampilan sebab kalau tidak memang wanita takkan dapat tempat langsung,” katanya.

Selain Mohamad Rafie, turut digugurkan sebagai calon mewakili PH di negeri itu ialah penyandang DUN Sri Tanjung yang juga Timbalan Speaker DUN Negeri Sembilan Datuk M. Ravi, Datuk Michael Yek Diew Ching (penyandang DUN Chuah) dan Mohamad Nazaruddin Sabtu (penyandang DUN Pilah).

Nama-nama berkenaan diganti dengan muka baharu iaitu Tengku Zamrah Tengku Sulaiman yang bertanding kerusi DUN Ampangan, Dr Rajasekaran (Sri Tanjung), Yew Boon Lye (Chuah) dan Nur Zunita Begum (Pilah).

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah serta Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak, dengan hari pengundian pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos.

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
7 jam lalu· Politik
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023· Isu semasa
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Besar pengorbanan Muhyiddin hingga jawatan PM dilepaskan: Tajuddin
September 20, 2021
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023
Lagi Politik terkini
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
7 jam lalu · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Rafizi perlekeh kajian terbaharu Merdeka Center dakwa ‘rating’ Anwar jatuh
November 26, 2023 · Politik
Kerajaan campuran kedekut, pemberian wang ihsan kepada Kelantan berkurangan berbanding tahun lalu
November 26, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
8 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok