Kematian calon Parlimen Padang Serai: SPR mesyuarat Jumaat

November 16, 2022 · Politik

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat Jumaat ini untuk menetapkan tarikh penting bagi pemilihan kerusi Parlimen Padang Serai pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Sabtu ini, berikutan kematian seorang calon hari ini (16 November 2022).

Dalam satu kenyataan, Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata pihaknya telah menerima writ pilihan raya memaklumkan kematian penyandangnya Datuk M Karupaiya.

“SPR telah menerima Writ pilihan Raya yang dipulangkan oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya berkenaan menyatakan fakta berkaitan kematian calon yang dinyatakan itu.

“Sehubungan itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas pada 18 November 2022 (Jumaat) bagi membincangkan penetapan tarikh-tarikh penting untuk urusan PRU-15 Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.017 Padang Serai.

“Satu kenyataan media akan dikeluarkan selepas mesyuarat tersebut,” kata Ikmalrudin.

Menurut Perkara 11 (6) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981, kematian calon antara penamaan dan pengundian memerlukan SPR untuk memulakan semua prosesnya.

M Karupaiya, calon Pakatan Harapan (PH) yang juga penyandang kerusi Padang Serai pada pilihan raya umum 2018 meninggal dunia setelah dimasukkan ke hospital.

Sementara itu, beliau juga memaklumkan bahawa pelaksanaan penggunaan satu peti undi tambahan akan dibuat bagi bahagian pilihan raya yang mempertandingkan tujuh atau lebih calon.

Kawasan pilihan raya yang terlibat ialah P009 Alor Setar; P062 Sungai Siput; P099 Ampang; P102 Bangi; P107 Sungai Buloh; P110 Kapar; P111 Klang; P112 Kota Raja; P113 Sepang; dan P115 Batu.

Bagi Dewan Undangan Negeri pula, ia melibatkan N47 Chenderiang, Perak; dan N66 Bugaya, Sabah.

Penambahan satu peti undi itu di setiap saluran adalah perlu setelah mengambil kira saiz kertas undi yang disediakan adalah lebih besar, dan memerlukan ruang mencukupi untuk memuatkan semua kertas undi yang ditanda oleh pengundi.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
7 jam lalu· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Selepas dilantik TPM, Zahid puji Anwar pula lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
44 minit lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
2 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
4 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
5 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok