‘Kelantan tak terima pun RM50 juta bantuan banjir yang Anwar umum’

January 12, 2023 · Politik

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob mendedahkan Kerajaan PAS Kelantan tidak menerima pun bantuan banjir RM50 juta seperti diumumkan Perdana Menteri Kerajaan PH-BN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, kata beliau bantuan itu disalurkan menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan.

Tindakan itu, sekali gus mengesahkan kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mengatakan pentadbiran negeri pimpinan parti itu mengalami kesukaran apabila dihalang dengan pelbagai cara dan penentangan, sama ada secara nyata mahupun tersembunyi oleh Pusat.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS mentadbir dengan kuasa yang sangat terbatas dan tindakan Kerajaan Persekutuan itu jelas membelakangi konsep federalisme dan adab demokrasi diamalkan di negara Barat yang menjadi rujukan mereka.

Mengulas lanjut Ahmad berkata:

“Mengikut janji Perdana Menteri, beliau nak beri bantuan banjir kepada Kelantan RM50 juta dan Terengganu RM50 juta.

“Sekarang bantuan itu disalurkan kepada JPP. Bagaimana kaedah JPP nak agih kepada rakyat Kelantan, itu kita (kerajaan negeri) tidak tahu.”

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Pasca Banjir Perikatan Nasional (PN) Sentiasa Bersamamu di Kampung Periok di Tumpat hari ini (12 Januari 2023).

Dalam lawatan meninjau bencana di Kelantan pada 21 Disember lalu, Anwar mengumumkan bantuan segera banjir sebanyak RM100 juta kepada Kelantan dan Terengganu.

Anwar berkata, bantuan awal itu bagi meringankan beban dua negeri berkenaan.

“Memandangkan banjir lebih parah dari biasa, saya bersetuju selepas mengadakan perbincangan dengan Jemaah Menteri, kita meluluskan bantuan segera RM50 juta untuk Kelantan dan RM50 juta untuk Terengganu.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023
Nak bangun negara madani apa, lantik TPM ada kes mahkamah: Sanusi
January 24, 2023
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok