Kejayaan tangani Covid-19 bantu PN menangi PRU-15: Lapor Nikkei Asia

November 11, 2022 · Politik

Rakyat Malaysia telah menyedari bahawa apa yang dilakukan Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini, di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menangani pandemik Covid-19, termasuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), adalah untuk kepentingan mereka juga.

Akhbar kewangan terbesar dunia dengan edaran harian melebihi 1.73 juta naskhah, Nikkei Asia berkata disebabkan itu Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, yakin rakyat akan menyokong gabungan parti politik berkenaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini.

Dalam temu bual eksklusif bersama akhbar itu, Muhyiddin percaya bahawa cara pengendaliannya dalam menangani pandemik Covid-19 akan membantunya memenangi undi untuk Perikatan Nasional dalam PRU-15 ini.

Muhyiddin, berkhidmat sebagai Perdana Menteri dari Mac 2020 hingga Ogos 2021, berkata beliau menangani krisis kesihatan yang belum pernah berlaku sebelum ini, walaupun terdapat kritikan terhadap langkah mengenakan PKP, sehingga dipersalahkan oleh sesetengah pihak sebagai punca peningkatan kadar pengangguran dan kemiskinan.

“Apa yang saya lakukan selama dua tahun lepas dalam menguruskan bukan sahaja pandemik Covid-19, tetapi ekonomi, telah memberi kesan positif kepada rakyat,” kata Muhyiddin.

Menurutnya beliau tidak menyesal dengan keputusan yang diambilnya mengenai penutupan sempadan dan PKP.

“Orang ramai tidak berpuas hati apabila mereka tidak dibenarkan bergerak sepanjang masa, tetapi apabila masa seperti itu (Covid-19) berlaku, ini adalah penyelesaian terbaik yang kami ada,” katanya.

“(Tetapi) bukan hanya Malaysia yang mengamalkan langkah seperti itu, tetapi di seluruh dunia dan hakikatnya, China masih mengenakan (sekatan).”

Menurut Nikkei, hampir keseluruhan tempoh Muhyiddin sebagai Perdana Menteri tertumpu kepada usaha memerangi Covid-19. Beliau menutup sempadan negara pada Mac 2020, hampir dua minggu selepas menjadi Perdana Menteri.

Sejak itu sehingga Ogos 2021, beliau mengenakan pelbagai bentuk sekatan pergerakan, dan hanya membenarkan sebahagian aktiviti ekonomi disambung semula yang mengakibatkan industri kecil dan sederhana lumpuh dan menjejaskan pertumbuhan.

Menurut Nikkei, langkah yang diambil Muhyiddin itu sebenarnya tepat apabila kemudian jumlah kes Covid-19 turun, sedangkan sebelum itu ianya mencecah sehingga 30,000 kes sehari.

Beliau juga memohon perisytiharan darurat, menyebabkan pengkritik mendakwa beliau melaksanakan perubahan itu untuk melindungi kerajaannya daripada tumbang di tengah-tengah ancaman UMNO untuk menarik balik sokongan kepada Perikatan Nasional.

UMNO, parti politik terbesar dan tertua di negara ini, akhirnya menarik sokongannya dan memaksa Muhyiddin meletak jawatan pada 16 Ogos 2021. Beliau digantikan oleh Naib Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Muhyiddin ialah seorang ahli politik berpengalaman lebih empat dekad, di mana dua pertiga daripadanya ketika berada di dalam UMNO.

Beliau kali terakhir berkhidmat sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri pada 2015 di bawah Datuk Seri Najib Razak sebelum dipecat kerana menyuarakan kebimbangan mengenai masalah dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Muhyiddin juga berkata Barisan Nasional (BN), di mana UMNO adalah salah satu daripada komponennya – kini berdepan penolakan daripada pengundi susulan pembabitan individu yang korup.

Ini termasuk, Najib yang disabitkan kesalahan dan dipenjarakan kerana rasuah berkaitan 1MDB – skandal kewangan terbesar dalam sejarah dunia.

Terdapat juga rasa kurang senang di kalangan pengkritik bahawa UMNO mendesak pilihan raya awal walaupun diberi amaran bahawa negara akan dilanda hujan monsun lebat yang boleh menyebabkan banjir dan menjejaskan keupayaan berjuta-juta rakyat Malaysia untuk keluar mengundi.

“Gelombang menentang mereka (Barisan Nasional) boleh bertukar lebih kuat sebelum hari mengundi, dan jika ia berlaku, ada kemungkinan Perikatan Nasional mempunyai bilangan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan,” katanya sambil menegaskan sesebuah parti atau gabungan mesti memenangi sekurang-kurangnya 112 kerusi untuk membentuk kerajaan.

Gabungan Perikatan Nasional menolak politik rasuah dan tadbir urus, kata Muhyiddin.

“Saya berada di barisan hadapan dalam semua ini. … Saya adalah orang pertama yang membuat bising mengenai 1MDB semasa dalam Kabinet, yang mana Najib kemudiannya memecat saya,” kata Muhyiddin.

Pilihan raya 19 November akan menentukan parti mana yang akan memerintah negara untuk lima tahun akan datang dan memberikan sedikit kestabilan politik.

Malaysia sebelum ini telah digemparkan dengan kemelut politik dan mempunyai tiga Perdana Menteri sejak PRU 2018. UMNO menjadi dalang kepada kejatuhan dua kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin.

Walaupun, UMNO dan BN kalah teruk pada 2018, taktik jahat dilakukan telah membolehkan pemimpin mereka kini menjawat jawatan Perdana Menteri.

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
UMNO tandus calon sehingga terpaksa letak calon luar di Kemaman: Sanusi
November 15, 2023· Politik
Fitnah dana judi, MP Pasir Mas kata ingatkan sudah selesai siasatan
November 10, 2023· Politik
Zahid dakwa ramai lagi MP PN akan sokong Anwar selepas ini
November 9, 2023· Politik
Popular
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Pengundi muda ubah landskap politik negara?
November 10, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
16 jam lalu · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
16 jam lalu · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] UMNO sepatutnya tadbir negara bersama PN, bukan dengan DAP
12 jam lalu
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok