Kehancuran total pun mungkin tak mampu insafkan UMNO: Mokhtar

December 3, 2022 · Politik

UMNO sekarang ini dilihat bijak bermain politik, namun Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik berpendapat parti itu tetap tidak insaf walaupun telah dua kali mengalami kekalahan dahsyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU).

Menurutnya UMNO yang kalah teruk pada PRU-14 hingga membolehkan Pakatan Harapan (PH) memerintah, kembali ceria setelah menang beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) dengan bantuan dan sokongan PAS.

“PRU-14 dahulu telah kita saksikan PH gembira sakan kerana tak sangka manifesto mereka yang olok-olok diterima oleh pengundi sehingga mereka berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN)

“Manakala BN kecewa muram, kerana tak sangka pohon gergasi mereka boleh tumbang menyembah bumi. Rupa-rupanya yang gembira tidak lama gembiranya. Hanya 22 bulan sahaja mereka mampu berpesta riang. Allah ganti gembira dengan kekecewaan.

“BN yang awalnya kecewa kembali rasa gembira apabila PRK yang mereka sertai menang bergaya dengan sokongan PAS dan kemudiannya mereka boleh menumpang kerajaan bersama PAS dan Bersatu,” katanya mengulas perkembangan politik semasa setelah Kabinet baharu pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibentuk.

Bagaimanapun, Mokhtar berkata keinsafan UMNO tidak lama apabila parti itu mula tidak senang sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin terus menjadi Perdana Menteri (PM).

“Lalu digoyangnya pokok hingga Muhyiddin gugur. Kemudian naiklah orang UMNO jadi PM iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Namun oleh kerana dalam UMNO banyak kem, masing-masing ada senjata dan askar sendiri, maka masing-masing tak puas hati kalau PM bukan dari kem mereka.

“Lalu digoyangnya lagi kerajaan sendiri, dan tergulinglah Ismail Sabri. Diguling oleh rakan dalam UMNO sendiri,” katanya lagi.

Mokhtar berkata UMNO juga sudah berasa kuat sehingga sanggup bertanding solo dalam PRU-15, hingga mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarah parti itu sejak negara merdeka.

“Sayangnya Allah hanya tunaikan hasrat UMNO/BN setakat 30 kerusi sahaja. Jauh dibelakang PAS.

“Kini UMNO/BN hanya parti kecil dalam PH, dan UMNO akan semakin mengecil. Dua kali mengalami kekalahan dahsyat masih belum benar-benar menginsafkan UMNO.

“UMNO memerlukan sebuah kehancuran total untuk menjadikan mereka insaf. Itupun belum tentu lagi. Mungkin waktu ini UMNO dilihat bijak bermain politik. Tapi mereka kena ingat takdir Allah bukan permainan,” katanya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
4 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok