Kebolehpercayaan, integriti ‘ramuan’ Muhyiddin jika dipilih jadi PM lagi

October 29, 2022 · Politik

Sifat boleh dipercayai dan integriti menjadi dua ‘bahan’ utama bagi Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk sekali lagi memimpin negara sekiranya diberi kepercayaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November depan.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang pernah menjadi Perdana Menteri pada tempoh paling sukar ketika pandemik Covid-19 melanda negara berkata, kebolehpercayaan dan integriti penting bagi membawa negara keluar daripada kemelut ekonomi.

Sebagai tokoh pemimpin berpengalaman, Muhyiddin mengakui sering mendengar masalah dan kesusahan dihadapi rakyat.

Jelas beliau yang juga calon Perdana Menteri PN, rintihan rakyat itu lebih kuat kedengaran sekarang walaupun negara sedang berada dalam fasa pemulihan selepas Covid-19.

Bukan mahu mendabik dada, namun bekas Perdana Menteri itu berkata, rekod dan prestasi sepanjang menjadi wakil rakyat serta seketika sebagai Perdana Menteri jelas membuktikannya.

“Rakyat jumpa saya mengadu tentang bagaimana nak hidup, bukan soal nak kaya kerana ramai yang sudah terjerumus dalam kancah kemiskinan ketika ini.

“Dapat RM100 pun amat bermakna bagi mereka, apa lagi kalau RM1,000 atau RM2,000. Boleh ke dia (pihak lain) buat macam itu? Siapa nak bagi duit?

“Saya dah dididik sejak kecil, bercakap jangan bohong, (itu) berdosa. Bila cakap mesti tunaikan, tak tunaikan itu mungkir janji.

“Bukan saya mahu mendabik dada dengan rekod saya tetapi apabila saya cakap, saya akan buat.

“Jadi, kalau rakyat tak percaya dengan ‘Abah’ itu tak tahu lah. Ikutkan ‘Abah’ itu orang tua, jadi kena ikut nasihat kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam temubual, baru-baru ini, lapor Utusan TV, hari ini.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, beliau amat memahami masalah yang dihadapi rakyat ketika ini apatah lagi negara masih berhadapan pelbagai isu yang disifatkannya kritikal.

Kata beliau, usaha lebih keras amat diperlukan untuk kembali melonjakkan negara dalam tempoh terdekat.

“Dahulu bila saya kata tutup, duduk rumah jangan pergi ke mana-mana, Alhamdulillah semua dengar dan kita pulih.

“Rakyat Malaysia berdisiplin dan dengar kata pemimpin yang tahu apa yang terbaik, maka Alhamdulillah sekarang kita hampir pulih. Belum sepenuhnya tetapi sudah kembali ke sedia kala.

“Bagi saya masa amat penting kerana sekarang tiada lagi kelebihan dari soal masa. Semasa saya muda, orang gelarkan saya ‘young man in a hurry’. Sekarang ‘old man in a hurry’. Masa bukan di pihak kita, jangan kena usaha keras,” jelas beliau.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tak cukup kerusi, PH dan DAP akan bentuk kerajaan negeri Pahang dengan BN
1 jam lalu· Politik
Setpol Ismail Sabri dikaitkan dalam rakaman audio jatuhkan Najib buat laporan polis
November 25, 2022· Politik
Terima kasih atas tawaran tapi PN ada maruah sedia jadi pembangkang: Muhyiddin
November 25, 2022· Politik
Apa berlaku dalam mesyuarat MT, dua ahli beri gambaran UMNO khianat Melayu
November 25, 2022· Politik
Popular
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
November 26, 2022
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
November 26, 2022
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
November 26, 2022
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
November 26, 2022
Lagi Politik terkini
Strategi dahulukan bajet mini 2023: Anwar takut bawa usul keabsahan
2 jam lalu · Politik
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
3 jam lalu · Politik
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
6 jam lalu · Politik
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
6 jam lalu · Politik
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
22 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok