Kebebasan bersuara: DAP cuba tutup mulut MP PN di Parlimen

March 27, 2023 · Politik

Selepas kerajaan gagal menjelaskan lebih terperinci dakwaan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di bawah bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membatalkan pengecualian cukai kepada Yayasan Al-Bukhary, kini Ahli Parlimen Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN), cuba menutup mulut pengkritiknya di Dewan Rakyat.

Tindakan untuk merujuk ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) ke jawatankuasa khas kerana didakwa menghina Dewan Rakyat adalah antara cara digunakan penyokong kerajaan PH-BN sekarang, supaya sesuatu isu, seperti cukai Yayasan Al-Bukhary dan kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi, tidak dijadikan bahan mengkritik kelemahan pentadbiran PH-BN.

Dakwaan menghina Parlimen itu dibuat menyusul laporan kebimbangan yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat awam berhubung kebebasan bersuara sejak Anwar menjadi Perdana Menteri empat bulan lalu, sebagaimana laporan Straits Times Singapura, baru-baru ini.

Antara lain, laporan itu menyatakan tindakan beliau sendiri terhadap pengkritik politik daripada pembangkang – Perikatan Nasional (PN) – adalah antara contoh halangan kebebasan bersuara.

Saman dan laporan fitnah jenayah telah difailkan terhadap mereka, termasuk terhadap Pengerusi PN yang juga bekas Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum ini, Ahli Parlimen PN Kapar, Dr Halimah Ali turut menjadi sasaran untuk dirujuk ke jawatankuasa Parlimen.

Hari ini, ahli Parlimen yang menyokong kerajaan PH-BN, RSN Rayer (DAP-Jelutong) meminta Dewan Rakyat mengenakan tindakan terhadap ahli Parlimen PN Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, selepas Ketua Armada Bersatu Malaysia itu membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya laporan polis oleh Wan Ahmad Fayhsal mengenai jawapan Perdana Menteri di Parlimen adalah tidak wajar.

Pemimpin DAP itu berkata tiada jabatan atau agensi kerajaan, termasuk polis, mempunyai hak untuk menyiasat perkara yang dibangkitkan di Parlimen, seperti yang dijamin oleh Perlembagaan.

Rayer berkata jika Wan Fayhsal merasakan Anwar telah mengelirukan Dewan, beliau boleh mengemukakan usul untuk merujuk perdana menteri kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan.

Ronald Kiandee (PN-Beluran) mencelah, menyatakan bahawa Rayer harus menyuarakan masalah itu secara bertulis.

Timbalan Speaker, Datuk Ramli Mohd Nor kemudian berkata prosiding Parlimen kebal daripada pendakwaan, sambil menambah beliau bersetuju dengan Ronald bahawa Rayer perlu membuat aduan bertulis kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul.

Tiga hari lalu, sayap pemuda Bersatu, Armada membuat laporan polis terhadap Guan Eng dan Anwar berhubung isu pengecualian cukai yang dibangkitkan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Laporan polis itu berkata Guan Eng membuat fitnah terhadap Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu rayuan pengecualian cukai Yayasan Al-Bukhary, walhal sememangnya terdapat rayuan yang dibuat semasa beliau menjadi PM.

Guan Eng semasa membuat laporan polis terhadap Muhyiddin menggunakan jawapan di Parlimen diberikan Anwar yang didakwa Armada Bersatu sebagai mengelirukan kerana fakta salah.

Wan Ahmad Fayhsal dilaporkan berkata laporan polis yang dibuat Armada adalah jelas, mudah dibaca dan tidak rumit atau mengelirukan.

“Tidak seperti pembohongan yang dilakukan DAP dan Anwar. Itukah sebabnya Guan Eng meloncat, menyerang dan mengugut saya?,” katanya.

Menurutnya, Guan Eng datang membuat laporan polis dengan membawa poster “Muhyiddin Fitnah”.

“Guan Eng juga menyebarkan laporan polisnya. Ini suatu perkara yang direncanakan untuk tujuan propaganda DAP kerana Guan Eng terkesan dengan apa yang saya katakan.

“Lupakah Guan Eng fitnah dahsyat yang lebih besar yang dilontarkan oleh Anwar bahawa Muhyiddin selewengkan RM600 bilion. Kemudian turun RM530 bilion… kemudian bertukar kepada RM92.5 bilion… kemudian jatuh merudum kepada RM4.5 bilion?

“Yang terkini dan yang cuba dipalitkan kepada Muhyiddin bukan lagi seleweng duit tapi salah guna kuasa. Jumlahnya bukan yang dituduh awal-awal dulu. Itu bukan fitnah jahat?,” soalnya.

MP PN fail usul tergempar, bincang kunjungan Anwar ke Arab Saudi

Berita berkaitan
Stop the lies and hypocrisy, please
6 jam lalu· Rencana
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
7 jam lalu· Isu semasa
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
8 jam lalu· Politik
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
11 jam lalu· Politik
Popular
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
May 29, 2023
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
May 29, 2023
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
May 29, 2023
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
May 29, 2023
Lagi Politik terkini
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
7 jam lalu · Politik
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
13 jam lalu · Politik
Jamal disaman RM1 juta berhubung isu ‘pengundi hantu’ semasa PAU
15 jam lalu · Politik
Kes RM27 juta SRC: Peguam Najib minta segera perbicaraan jika kes tak digugurkan
15 jam lalu · Politik
Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
42 minit lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok