Kebajikan rakyat selepas pandemik, banjir lebih penting bukan PRN: Penganalisis

January 17, 2022 · Politik

Satu lagi kemelut politik selepas ura-ura berkemungkinan pilihan raya negeri (PRN) Johor bakal diadakan dijangka bakal mengundang kemarahan rakyat yang masih terjejas kehidupan mereka akibat pandemik dan bencana banjir baru-baru ini.

Bagaimanapun, ahli politik khususnya pemimpin UMNO nampaknya tidak mengendahkan kesusahan rakyat tetapi masih berterusan mahu berebut kuasa dengan merancang satu lagi PRN di Johor.

Spekulasi bertiup kencang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bakal dibubarkan, pemimpin utama UMNO di Johor juga semakin bernafsu dengan hampir setiap hari berzikir mendesak supaya PRN diadakan bagi memilih kerajaan baharu walhal ketika ini sudah pun menguasai kerajaan negeri.

Langkah sama semasa PRN Melaka menjadi motivasi untuk UMNO meneruskan usaha mahu menjadi dominan apabila berjaya memenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan, perkara sama mahu diulangi di Johor.

Penganalisis politik Universiti Teknologi MARA (UiTM), Mujibu Abdul Muis, menyifatkan kumpulan berkenaan hanya mementingkan agenda politik peribadi dan kepartian sehingga mengabaikan kepentingan rakyat.

“Sentimen rakyat melihat PRN bukan perkara utama bagi mereka ketika ini.

“Sesetengah orang politik ini hanya melihat kuasa sebagai matlamat, jadi mereka tidak peduli perkara lain berkait rakyat.

“Kalau parti-parti politik ini benar-benar gentleman dan pentingkan rakyat, sepatutnya tunggu sehingga Pilihan Raya Umum (PRU), kalau tak tahun ini pun, tahun hadapan,” katanya dipetik laporan portal SatuBerita.

Selain itu, Mujibu berpendapat PRN tidak sesuai diadakan dalam masa terdekat ketika rakyat memerlukan perhatian sepenuhnya daripada pemimpin.

“Kasihan rakyat, kenapa perlu buat pilihan raya? Kenapa perlu timbulkan pilihan raya? Apakah tidak boleh tunggu?

“Ahli politik seperti ini akan sentiasa melihat segala pilihan yang membolehkan mereka kekal berkuasa dan kukuhkan kuasa,” katanya.

Sementara itu, penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Sivamurugan Pandian juga senada apabila menggesa supaya agenda politik diketepikan ketika rakyat sedang berdepan kesusahan hidup.

“PRN Johor tidak perlu diadakan kini kerana kita berhadapan dengan pelbagai isu yang memerlukan agenda rakyat diperlukan, agenda politik harus diketepikan.

“Sekurang-kurangnya tunjukkanlah kematangan berpolitik dalam kalangan pemimpin baik pemerintah ataupun pembangkang.

“Mereka perlu berikan tumpuan lebih dalam usaha memulihkan semula kesejahteraan masyarakat dalam keadaan terdesak seperti ini,” katanya lagi.

Media sebelum ini melaporkan Majlis Tertinggi (MT) UMNO memberi lampu hijau kepada parti itu untuk bersiap sedia menghadapi PRN Johor bagi mencari mandat baharu mendirikan kerajaan lebih stabil berbanding majoriti satu kerusi ketika ini.

Kerajaan Johor ketika ini memiliki majoriti tipis satu kerusi menerusi 28 DUN berbanding 27 di blok pembangkang dan dianggap ‘goyah’ selepas kematian bekas Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Allahyarham Datuk Osman Sapian.

Barisan Nasional (BN) pada PRN Melaka November lalu memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus meyakinkan UMNO untuk menghadapi PRN Johor.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
21 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Perikatan Nasional umum 23 muka baharu di Kelantan, Menteri Besar pertahan kerusi
July 28, 2023
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok