Kata tidak boleh pilihan raya kerana Covid-19, tapi kenapa bubar?

October 8, 2021 · Politik

Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron mempertikai langkah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN) terpaksa diadakan pada ketika krisis kesihatan masih melanda negara.

Idris yang juga salah seorang dari empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kerajaan negeri Melaka itu berkata keputusan pembubaran DUN adalah tidak wajar kerana Covid-19 masih belum reda dan sepatutnya pertukaran kerajaan berlaku dengan aman tanpa perlu PRN.

“Kata tidak boleh ada pilihan raya kerana pandemik, jika demikian kenapa bubar?

“Rakyat melihat dan menilai apa yang berlaku dan ini membawa padah apabila pertukaran kepimpinan yang sepatutnya berlaku secara harmoni telah menjadi isu dan dikhuatiri boleh menjadi krisis Perlembagaan dan memalukan Malaysia di mata dunia,” kata ADUN Sungai Udang itu dalam satu kenyataan.

Speaker DUN Melaka Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh pada Selasa lalu mengumumkan pembubaran DUN selepas mendakwa pembubaran itu dipersetujui Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Idris berkata pembubaran DUN tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan mengundang satu lagi krisis Perlembagaan dan menjelaskan tindakan mereka berempat menarik sokongan kerana mahu mendapat keyakinan rakyat semula.

“Ini bukan politiking, apa yang berlaku adalah sebenarnya penentangan terhadap kemungkaran dan membina semula keyakinan rakyat. Perlembagaan di atas segalanya, jika pembubaran mengikut semangat Perlembagaan ia adalah wajar.

“Namun jika ada sebarang usaha untuk menidakkan Perlembagaan oleh tangan-tangan tertentu, ini akan mencemarkan institusi Tuan Yang Dipertua Negeri sebagai simbol perpaduan dan keharmonian negeri,” katanya.

Pembubaran DUN itu diumumkan Ab. Rauf selepas Idris bersama ADUN Pengkalan Batu (Bebas), Datuk Norhizam Hassan Baktee; ADUN Pantai Kundor (UMNO), Datuk Nor Azman Hassan dan ADUN Telok Mas (Bersatu), Datuk Noor Effandi Ahmad bersepakat menarik sokongan terhadap KM Datuk Seri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Berita berkaitan
MB Selangor minta maaf jika DUN terbubar sebelum sidang tahun depan
August 2, 2022· Politik
Ahli Parlimen dan ADUN PAS kekal jadi calon PRU-15
July 30, 2022· Politik
Usul bahas isu Sulu dibawa Shafie sekali lagi ditolak DUN Sabah
July 21, 2022· Isu semasa
Speaker dan Timbalan naik gaji tinggi daripada ADUN di Sabah, Shafie pertikai
July 20, 2022· Politik
Popular
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
August 9, 2022
Rafizi senaraikan punca kos kapal tak siap naik tiga kali ganda
August 9, 2022
Ada lagi satu skandal besar selepas LCS, dedah Ketua Pemuda PAS
August 8, 2022
Lebih baik GTA sertai PN
August 9, 2022
Lagi Politik terkini
Lebih baik GTA sertai PN
11 jam lalu · Politik
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
11 jam lalu · Politik
BN umum keputusan permohonan parti Zuraida minggu hadapan: Tok Mat
17 jam lalu · Politik
Rafizi senaraikan punca kos kapal tak siap naik tiga kali ganda
18 jam lalu · Politik
RUU antilompat parti tak terpakai kepada Ahli Dewan Negara: PM
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok