Kata ‘NO ANWAR, NO DAP’, Ketua UMNO Bangi bidas Noraini jemput juga DAP dalam program

May 16, 2021 · Politik

Tindakan Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Noraini Ahmad menjemput Ahli Parlimen DAP Ong Kian Ming bersama dalam satu program di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini, mencetuskan kekeliruan dalam kalangan akar umbi berhubung hala tuju parti.

Ketua UMNO Bahagian Bangi, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain berkata, selepas tular ‘kebersamaan’ mereka dalam program berkenaan, ramai ahli parti yang bertanyakan kepadanya perihal perkara itu, namun beliau sendiri binggung dan tiada jawapan tuntas.

“Saya pun keliru sebab ada orang tanya dengan saya, hari tu masa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) cakap NO Anwar, NO DAP, tapi DAP ada pula dalam program Noraini,” katanya kepada Agenda Daily hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kontroversi program UMNO bersama wakil DAP di UKM, Bangi.

Rabu lalu, Noraini bersama dengan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Datuk Dr. Hussaini Omar telah menziarah Azura Omar, seorang pelajar PhD di UKM yang sedang berjuang melawan penyakit kanser.

Turut bersama dalam lawatan tersebut Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman dan Kian Ming.

Dalam pada itu mengulas sama ada, beliau turut menyertai program berkenaan, Mohd Zaidi berkata, UMNO Bahagian Bangi tidak diundang.

Tambahnya, sebagai satu pasukan Noraini sewajarnya menjemput ‘tuan rumah’bagi memperlihatkan semangat kebersamaan UMNO.

Katanya, UMNO Bahagian Bangi sebelum ini tiada masalah dengan mana-mana menteri daripada UMNO, malah mereka dilayan dengan baik dan dijemput untuk bersama menjayakan program.

“Menteri lain elok je boleh jemput saya, mesra alam, Datuk Seri Ismail Sabri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin, Reezal merican,” jelasnya.

Agenda Daily sebelum ini melaporkan, Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim meminta parti itu mengubah keputusan menolak kerjasama dengan PH sebelum ini, seandainya wujud arahan baharu daripada pimpinan supaya perlu bekerjasama dengan mereka.

“Sekarang ini keputusan UMNO ialah No Anwar, No DAP. Jadi kalau nak jemput DAP sekalipun, keputusan itu perlu diubah dulu, jadi YES Anwar Yes DAP.

“Ini bermakna, untuk sekarang, tidak wajar untuk kita adakan apa-apa program bersama DAP,” kata Shahidan.

UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) menegaskan pendirian parti itu menolak sebarang kerjasama dengan PKR, DAP dan Bersatu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Terdahulu Agenda Daily melaporkan Zahid membayangkan bakal terbentuk jajaran baharu politik bersama PKR dan DAP yang akan dikenali sebagai Perikatan 3.0 dan bukannya Perikatan Nasional (PN) semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
22 jam lalu· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Selepas Noh, Khairy juga dipecat dan Hishammuddin digantung keahlian
January 28, 2023
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok