Kami mahukan MA63 penuh bukan jawatan TPM, kata Azis Jamman

October 24, 2022 · Politik

Sabah menuntut hak mereka di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dikembalikan sepenuhnya, bukannya jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) seperti yang ditawarkan dua rakan baik politik Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan cikgunya, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Azis Jamman berkata presiden parti Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sendiri pernah ditawarkan jawatan itu, tetapi menolak tawaran itu.

Shafie pernah ditawarkan jawatan TPM ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan perdana menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan sekali lagi ketika pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Apa yang dimahukan oleh rakyat Sabah dan Sarawak sekarang ialah pelaksanaan segera dan penuh MA63 yang telah dipersetujui satu masa dahulu di kalangan Sabah, Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu ketika pembentukan Malaysia. Tiada lagi penangguhan, cukuplah.

“Kita tidak mahu lagi mendengar beberapa siri rundingan melalui jawatankuasa yang tiada titik resolusi, dan kita tidak mahu lagi mendengar pelbagai alasan seperti menunggu sehingga kedudukan kewangan kerajaan pusat kukuh, barulah MA63 boleh dilaksanakan.

“Ini kerana kedudukan kewangan Kerajaan Pusat tidak akan bertambah baik dengan mengambil kira salah laku dan rasuah, salah guna kuasa dan kronisme yang berleluasa di negara ini.

“Kita mahukan hak sama rata, formula adil dan kesaksamaan untuk Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi sama rata dalam pembentukan negara ini, dan kita tidak mahu lagi diabaikan sehingga Sabah dan Sarawak ketinggalan jauh dari segi pembangunan dan infrastruktur,” katanya dalam satu kenyataan, menurut NST.

Kenyataannya dibuat selepas Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menawarkan jawatan TPM kepada Sabah dan Sarawak serta satu bagi Semenanjung, sekira gabungan itu menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November depan.

Rakan baik Zahid, Anwar juga dilaporkan membuat janji yang sama, walaupun beliau berkata Pakatan Harapan (PH) akan melantik dua TPM – seorang dari Semenanjung dan seorang lagi dari Sabah atau Sarawak.

Azis mempersoalkan sama ada mewujudkan jawatan sedemikian untuk Sabah dan Sarawak bermakna pemimpin dari kedua-dua wilayah itu tidak boleh atau tidak akan memegang jawatan Perdana Menteri (PM) pada masa hadapan.

“Adakah ini bermakna hanya rakyat (Semenanjung Malaysia) sahaja yang layak mendapat jawatan nombor satu negara?

“Apakah makna Sabah, Sarawak dan Malaya sebagai rakan kongsi yang sama dalam Persekutuan Malaysia jika jawatan PM hanya dikhaskan untuk Tanah Melayu? Adakah mereka fikir rakyat Sabah dan Sarawak bodoh?”

Azis menegaskan bahawa rakyat Sabah tidak mahu “gula-gula pilihan raya umum”, dengan sedikit atau tiada apa yang dicapai dalam perkara berkaitan hak, kepentingan dan kedaulatan Sabah dan Sarawak seperti yang dinyatakan dalam MA63.

Beliau mengimbau ketika Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis pada Januari 2020, Zahid pernah berjanji bahawa tuntutan Sabah dan Sarawak dalam MA63 akan dilaksanakan 100 peratus jika BN menawan semula Kerajaan Pusat.

“Apa dah jadi dengan janji? Mana perginya janji-janji itu?”

Aziz berkata Lim Guan Eng juga telah berjanji sebelum PRU-14 bahawa MA63, pembayaran 20 peratus royalti minyak dan pemberian khas 40 peratus hasil negeri yang dikutip Kerajaan Persekutuan akan dilaksanakan sekiranya PH berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

“Tetapi janji hanyalah janji. Apabila Lim Guan Eng menjadi menteri kewangan, dia mungkir janji kepada rakyat Sabah dengan memberi alasan Kerajaan Pusat tidak dapat menunaikan janji itu kerana beban hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
10 jam lalu· Politik
Terbukti sudah, demi kuasa dan kemaruk nak jadi PM prinsip pun dicampak 
22 jam lalu· Politik
Lantik menteri ada kes mahkamah, kerajaan sekarang sudah songsang: Sanusi
22 jam lalu· Politik
Lantik Zahid jadi TPM pengkhianatan terbesar Anwar dan PH kepada rakyat
December 2, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
10 jam lalu · Politik
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
11 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
11 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
14 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok