‘Kami bukan sekadar pembantu’

March 27, 2021 · Politik

Puteri UMNO mengingatkan pemimpin parti itu bahawa pergerakan berkenaan bukan sekadar pembantu untuk memenangi pilihan raya sahaja, sebaliknya ia adalah wadah perjuangan anak muda.

Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, sayap bongsu UMNO itu mesti menjadi ejen pemodenan pandangan politik baharu tanpa melupakan akar umbi, selain terus memupuk nilai-nilai politik dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat.

“Kita juga mesti menjadi inspirasi anak muda untuk melihat negara ini diperintah berasaskan prinsip demokrasi yang murni. Melaksanakan tanggungjawab memajukan negara ini berasaskan keadilan tanpa mengira kaum dan darjat,’ katanya menyampaikan ucapan dasar pada persidangan perwakilan pergerakan itu sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 di PWTC hari ini.

Katanya, sebagai parti orang Melayu, UMNO tidak lupa kepada akar kita, untuk terus berjuang membela nasib orang Melayu.

“Membina negara bangsa Malaysia berteraskan asas budaya bahasa dan agama kaum asal negara ini,” katanya.

Zahida dalam ucapannya turut menekankan kepada kepentingan untuk sayap itu memperkuatkan parti dengan menarik sokongan pengundi atas pagar dan memperbetulkan persepsi negatif netizen tehadap UMNO.

“Terpulang pada kita untuk meyakinkan rakyat tentang apa yang telah kita lakukan dan apa yang akan kita lakukan untuk mereka. Bersama-sama dengan parti keramat ini. Paling penting agenda bantu rakyat, santuni rakyat, faham denyut nadi rakyat, itu yang kita utamakan,” katanya.

Berita berkaitan
Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan
1 jam lalu· Politik
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023· Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023· Politik
Popular
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
PH pun ada ‘virus’, syok bercakap saja, kata ahli MT UMNO
January 19, 2023
Lagi Politik terkini
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023 · Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023 · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023 · Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023 · Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
17 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok