Kami berniat ke Parlimen, kata PH selepas dikecam berhimpun di Dataran Merdeka

August 3, 2021 · Politik

Blok pembangkang mempertahankan tindakan berhimpun secara beramai-ramai tanpa menghiraukan ancaman Covid-19 dengan memberi alasan berniat untuk pergi ke Parlimen.

Dalam satu kenyataan, Pakatan Harapan (PH) berkata mahu ke Parlimen bagi membahas dan memutuskan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat dalam Dewan Rakyat, ia walaupun sidang ditangguhkan ekoran ancaman penularan Covid-19 melibatkan orang ramai dalam bangunan tersebut.

“Niat kami untuk hadir ke Parlimen semalam hanyalah untuk menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa, berasaskan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, Parlimen perlu membahas dan memutuskan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat,” kata kenyataan itu.

Kenyataan tersebut dikeluarkan bersama Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

PH mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak mengendahkan titah Yang di-Pertuan Agong kerana tidak membenarkan perbahasan berhubung isu Ordinan Darurat walhal sudah dijelaskan terdapat ancaman Covid-19 di Parlimen.

“Namun sekali lagi Kerajaan Perikatan Nasional telah menunjukkan inilah Kerajaan yang telah mengingkari titah perintah Seri Paduka Baginda, tidak mengendahkan Parlimen, dan melanggari Perlembagaan Persekutuan,” katanya kenyataan itu lagi.

Semalam di Dataran Merdeka, Anwar menggepalai blok pembangkang berhimpun beramai-ramai dengan mengkritik kerajaan PN.

Selain Anwar, antara pemimpin utama blok pembangkang yang lain hadir bersama adalah Mohamad Sabu, Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal dan Pengerusi Parti Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir juga berucap semasa menyertai himpunan tersebut.

Gerombolan pemimpin pembangkang berkumpul seawal 9 pagi di Dataran Merdeka tanpa menghiraukan prosedur operasi standard (SOP) dengan tiada penjarakkan sosial dan duduk berhimpit-himpit antara satu sama lain.

Pada Khamis lepas, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata seramai 1,183 individu menjalani ujian saringan pengesanan Covid-19 menggunakan ujian kendiri RTK Ag saliva test kit di Parlimen.

Daripada jumlah itu katanya, sembilan kes dikesan positif Covid-19 menjadikan secara keseluruhan 10 kes setelah mengambil kira satu kes yang direkodkan pada pagi hari yang sama.

Untuk rekod, Kuala Lumpur dan Selangor merupakan dua negeri yang mencatatkan kes harian tertinggi Covid-19 dan kapasiti hospital di Lembah Klang juga berada pada tahap kritikal, ia memandangkan jumlah pesakit yang semakin bertambah.

Petugas barisan hadapan juga sudah mengalami keletihan dan kelesuan kerana pertambahan kes yang meningkat setiap hari.

Berita berkaitan
Ahmad Faizal dakwa Anwar mungkin bimbang ditolak pengundi Port Dickson
August 12, 2022· Politik
Skandal LCS: Anwar sokong cadangan Bersatu tubuh RCI
August 12, 2022· Politik
Anwar pertimbang bertanding di kawasan Parlimen lain pada PRU-15
August 11, 2022· Politik
Ada lagi satu skandal besar selepas LCS, dedah Ketua Pemuda PAS
August 8, 2022· Politik
Popular
PRU-15: Selepas skandal kapal LCS terbongkar BN tak yakin tubuh kerajaan sendirian
August 14, 2022
Ismail Sabri, PN sudah bertemu
August 13, 2022
PRU-15: PN yakin tawan enam kerusi DUN milik UMNO
August 13, 2022
Tok Mat gesa jangan biar pihak lawan guna skandal LCS serang BN
August 14, 2022
Lagi Politik terkini
Bubar Parlimen jika kajian sikap pengundi menyebelahi BN: Ismail Sabri
36 minit lalu · Politik
Speaker DUN Sarawak umum ADUN Batu Lintang keluar parti jadi bebas
4 jam lalu · Politik
Keputusan parti Zuraida dan beberapa parti lain sertai BN dibuat esok
5 jam lalu · Politik
Tok Mat gesa jangan biar pihak lawan guna skandal LCS serang BN
5 jam lalu · Politik
PRU-15: Selepas skandal kapal LCS terbongkar BN tak yakin tubuh kerajaan sendirian
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok