Kali pertama dalam sejarah Presiden UMNO bukan calon PM

April 19, 2021 · Politik

Kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan yang mengatakan belum masanya parti itu dan Barisan Nasional (BN) menamakan calon Perdana Menteri (PM), jelas terbukti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bukanlah calon yang akan mewakili gabungan tersebut dalam perlumbaan jawatan nombor satu negara pada pilihan raya umum nanti.

Biarpun Zahid adalah Presiden UMNO dan Pengerusi BN, namanya tidak langsung disebut sebagai calon oleh Shahril ketika membalas kenyataan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Malah, dalam membidas kenyataan Wan Saiful itu, diam-diam Shahril membuka pekung partinya yang masih tercari-cari siapakah individu bakal diketengahkan untuk menjadi PM Malaysia.

“UMNO belum menamakan. Bila hendak menamakan, itu keputusan UMNO-lah… UMNO ada ramai pemimpin berkaliber yang boleh diketengahkan bukan hanya sebagai calon suatu jawatan Perdana Menteri tetapi membarisi kepimpinan secara umumnya.” Itu yang dinyatakan Shahril.

Jika bukan Zahid, siapa yang layak? Jika bukan Zahid, ini bermakna buat kali pertama dalam sejarah Presiden UMNO dan Pengerusi BN tidak menjadi calon PM.

Mungkin selepas tular klip audio Zahid dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pertimbangan kewajaran untuk UMNO meletaknya sebagai calon PM diambilkira, nyata UMNO kini melihat Zahid tidak lebih sekadar menjadi liabiliti kepada parti.

Siapa tahu. UMNO mungkin sudah melihat Zahid tidak dapat melepaskan dirinya daripada tuduhan jenayah. Zahid mungkin tidak dapat bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Maka calon baharu mesti dicari untuk diketengahkan.

Pastinya, UMNO tidak mahu calon PM mereka daripada individu yang terpalit dengan skandal. Adakah UMNO mahu mengangkat individu yang terbukti menyeleweng, menggelapkan wang negara, dan dijatuhkan hukuman penjara sebagai ‘Malaysian Official 1’?

Adakah UMNO mahukan individu yang terpalit dengan skandal, berdozen-dozen kes mahkamah kerana salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram, sebagai calon PM?

Amanah yang tidak sanggup dipikul oleh langit, bumi dan gunung-gunung, lalu manusialah yang sanggup hingga akhirnya dituduh di mahkamah kerana pecah amanah.

UMNO memerlukan seorang individu yang bersih daripada segala tuduhan, jujur, apa lagi amanah untuk menjadi calon PM. Tapi Zahid nampaknya masih memerlukan partinya untuk melindungi diri daripada 47 pertuduhan di mahkamah.

Benar! PRU15 belum kelihatan bayangnya, malah tempoh matang Parlimen ke-14 hanya akan menutup tirai pada 2023. Hanya yang gila kuasa dan mementingkan diri terlonjak-lonjak bersorak meminta Parlimen dibubarkan.

Bersatu dan Pakatan Harapan sudah menyatakan pilihan masing-masing. Rakyat sedang menilai mana yang baik. Mana yang gila kuasa, mana yang berjuang menyatupadukan kaum, melawan pandemik Covid-19 dan menggerakkan jentera ekonomi demi rakyat.

Tidak perlu memberi alasan PRU15 belum diketahui bila. Apa yang akar umbi dan rakyat mahu melihat sekarang ialah calon PM daripada UMNO. Atau UMNO masih takut dengan Zahid?

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok