Kalau Zahid buat tak betul saya kata tak betul. Saya bukan ‘yes man’: KJ

November 11, 2022 · Politik

Calon Barisan Nasional (BN) yang meminta kerusi Parlimen Sungai Buloh daripada MIC setelah UMNO tidak memberinya tempat bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini, Khairy Jamaluddin berkata beliau bukanlah ‘yes man’ kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Menteri Kesihatan kerajaan sementara itu, beliau tegas mengkritik sesuatu perkara secara terbuka, biarpun ia mungkin tidak disenangi kepemimpinan parti.

Khairy berkata beliau pemimpin yang berprinsip, selain lebih gemar untuk menjadi ‘Sungai Buloh man’, berbanding ‘yes man’.

“Saya dalam parti (BN/UMNO) bukan ‘yes man’. Saya ada prinsip. Presiden saya (Zahid) marah saya tiap-tiap hari… sebab saya cakap tak betul, kalau benda (dibuat) itu tak betul.

“Kalau tak bagus, saya cakap tak bagus,” katanya ketika berucap di hadapan komuniti Cina dan India di Kampung Baru Sungai Buloh, malam ini, menurut BH.

“Masyarakat Cina ada pepatah, tak kira kucing itu hitam atau putih. Tak kira biru (BN) atau merah (Pakatan Harapan), janji kucing itu boleh tangkap tikus. Biar kucing (yang dipilih) itu boleh tangkap tikus (selesaikan isu). Saya akan lawan.”

Sementara itu, Khairy maklum dengan keluhan penduduk yang mempersoal sama ada Ahli Parlimen mampu menyelesaikan masalah, terutama berkaitan bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri.

Namun, Khairy mengingatkan pengundi Sungai Buloh yang beliau mempunyai hampir lima juta pengikut di semua laman media sosialnya, selain menegaskan setiap isu dibangkitkan di platform itu pasti akan menarik perhatian umum.

“Ada orang kata Ahli Parlimen tak boleh buat apa-apa. Ini kuasa majlis (PBT). Ini kuasa kerajaan negeri. Tetapi saya boleh ‘bising’, boleh cakap. Kalau pilih wakil rakyat, pilih yang tak ada suara, tak bagus.

“Bukan saya dabik dada ada lima juta pengikut. Kalau penduduk Kampung Baru Sungai Buloh tak puas hati, saya letak situ (di laman media sosial). Biar lima juta orang baca, majlis (PBT) takut dan buat sesuatu,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
2 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
3 jam lalu· Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
8 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
14 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
2 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
7 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
8 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
9 jam lalu · Politik
Jangan jadi Kerajaan Pak Pandir: Dewan Ulamak PAS tegur Anwar
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
9 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok