Kalau Zahid ada ‘telur’…

February 20, 2022 · Politik

Tok Akhi teringat kata-kata Datuk Nurulhidayah iaitu anak Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, setelah meletak jawatan sebagai ahli Perbadanan SME Corp, kerana menyahut seruan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tahun lalu.

Antara yang disebut Nurulhidayah dan dilaporkan oleh banyak media ialah:

“Soalan saya siapa tidak ada ‘telur’ sekarang,”

Kemudian, perkataan ‘telur’ menjadi trending selepas cabaran Nurulhidayah dalam akaun Instagramnya kepada kumpulan Kluster Menteri supaya meletak jawatan.

Kiasan ‘ada telur’ dalam Bahasa Melayu membawa erti kejantanan seseorang dalam menegakkan sesuatu perkara, Nurulhidayah seakan mahu menampakkan dirinya berani apabila mengumumkan peletakan jawatan itu.

Zahid sebelum itu ada membuat cabaran kepada Menteri dan Timbalan Menteri UMNO ketika PAU untuk meletak jawatan, namun kumpulan tersebut berjumpa Perdana Menteri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menyatakan kesetiaan untuk meneruskan khidmat kepada rakyat dan negara.

Tok Akhi menimbulkan semula isu ‘telur’ Nurulhidayah itu bukan apa, tetapi hanya mengulas kenyataan Zahid yang mencabar Muhyiddin bersumpah laknat mengenai dakwaan meminta tolong melepaskannya daripada kes-kes mahkamah.

Dalam kenyataannya malam tadi, Zahid menafikan pernah berjumpa Muhyiddin ketika Presiden Bersatu itu menjadi Perdana Menteri untuk meminta tolong dilepaskan daripada tuduhan mahkamah.

“Apatah lagi dengan membawa timbunan fail seperti yang didakwa dan minta untuk dilepaskan.

“Bagi membuktikan kebenaran ini, saya sanggup dan bersedia untuk melakukan sumpah laknat sebagai penafian kepada tuduhan jahat TSMY ke atas saya.

“Jadi saya ingin bertanya, adakah beliau juga bersedia dan sanggup untuk melakukan perkara yang sama? Iaitu bersumpah laknat bagi mengesahkan tuduhan jahat beliau ke atas saya?,” kata Zahid.

18 Februari lalu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) sekali lagi berkata beliau mempunyai bukti bahawa Zahid pernah membawa timbunan fail pertuduhan terhadapnya.

Pada ketika itu, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Mohamad Azmin Ali boleh menjadi saksi beliau sekiranya ada pihak yang cuba menafikan dakwaan tersebut.

“Apa yang saya sebutkan memang benar berlaku sebab Zahid ada tunjuk satu fail yang bertimbun dan dia minta bantu selesaikan masalah.

“Saksinya ada di sini Azmin Ali dan Abdul Hadi ada datang ke rumah saya, Zahid ada waktu zaman kita baik dahulu bawa fail. Kalau orang tanya apa saksi, itu ada saksi bahawa itu adalah kenyataan yang betul,” kata Muhyiddin.

Dalam hal ini, Tok Akhi melihat Zahid tidak perlu mencabar atau mengenakan syarat supaya Muhyiddin juga melakukan sumpah laknat berhubung dakwaan itu.

Cabaran yang dibuat Zahid dalam kenyataannya malam tadi hanyalah kata-kata untuk menunjukkan dia ada ‘telur’.

Tetapi, jika benar Zahid ada ‘telur’ dia sendiri boleh melakukan sumpah laknat sendirian tanpa perlu meminta orang lain juga bersumpah laknat, kerana satu sumpah laknat itu sudah merangkumi pihak lain.

Tok Akhi
Pemerhati politik kampung

Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Tegur DAP pun tak boleh dalam UMNO sekarang, pecat nanti: Isham
December 15, 2023· Politik
Popular
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Bersatu tangguh pemilihan bahagian, MPT kecuali cawangan
May 13, 2023
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok