Kalau UMNO saja yang nak bubar, kerajaan tetap ada juga: Annuar

June 14, 2022 · Politik

Sekiranya UMNO sahaja yang mahu membubarkan Parlimen tetapi parti lain dalam kerajaan tidak bersetuju ia tidak bermakna pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) boleh diadakan serta-merta, kata Tan Sri Annuar Musa.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu berkata kerajaan sedia ada bukan terbentuk daripada satu parti dan sebarang keputusan berhubung tarikh pilihan raya perlu dibuat secara kolektif.

“Ini kerajaan berbagai parti. Jadi, bila nak bubar kerajaan selain daripada UMNO, parti-parti lain juga berhak memberikan pandangan.

“Sebab kalau setakat UMNO saja bubar, yang lain tak bubar, kerajaan tetap ada juga

“Sebab perkara ini satu tajuk… yang kalau pemberita nak tulis kena faham betul-betul bukan saja nak dapatkan reaksi untuk berita panas,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Menurut Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia itu lagi, UMNO juga masih belum membuat sebarang pendirian dan masih samar-samar berhubung PRU-15, sebaiknya sebarang isu berhubung tarikh pembubaran Parlimen dibuat oleh pemimpin yang mempunyai autoriti.

“Yang pertama adakah parti sudah buat keputusan bila nak pilihan raya? Belum.

“(Jadi, yang asyik bercakap soal PRU itu adalah), individu. Jadi, bila individu kita kena tengok pula pada kedudukan dia.

“Kalau yang nak bercakap itu biarlah Presiden, Timbalan Presiden atau T5 (lima pemimpin tertinggi UMNO). Itulah orang-orang yang ada autoriti bercakap soal bila (PRU).

“Setakat yang saya tahu dan kalau saya tak salah, parti belum lagi memutuskan apa-apa,” katanya lagi.

Sebelum ini, ramai pemimpin politik terutama dalam kalangan parti UMNO menggesa agar PRU-15 dapat diadakan dengan segera.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa pemimpin Kluster Mahkamah lain yang sedang berdepan perbicaraan berterusan memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar mempercepatkan PRU-15 segera.

Terdahulu, Zahid membidas pembangkang sebagai penakut untuk berdepan PRU-15 dan hanya tahu memberi banyak alasan untuk mengelak daripada ia dijalankan.

Ujarnya, langkah mengadakan PRU-15 adalah jalan sebaiknya daripada berterusan dengan kerajaan campuran yang sedang ditadbir oleh Ismail Sabri, malah mencabar pembangkang untuk berani mendesak supaya ia disegerakan.

Berita berkaitan
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
6 jam lalu· Politik
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
9 jam lalu· Politik
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
10 jam lalu· Politik
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
12 jam lalu· Politik
Popular
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
June 9, 2023
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
June 9, 2023
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
June 9, 2023
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
June 9, 2023
Lagi Politik terkini
Tiada masalah DAP beri jawatan Exco kepada UMNO jika menang PRN, kata KM Pulau Pinang
13 jam lalu · Politik
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
13 jam lalu · Politik
DAP tak akan mohon maaf pada UMNO, sudah ‘move on’
16 jam lalu · Politik
Pemuda UMNO gesa DAP minta maaf, Zahid minta henti kenyataan guris hati
18 jam lalu · Politik
Anwar atas pentas PAU, perwakilan dalam dewan laung ‘bebas Najib’
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
15 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok