Kalau tiada bukti dia pembohong besar: Muhyiddin cabar Anwar

November 15, 2022 · Politik

Membuat tuduhan tanpa bukti kukuh adalah permainan persepsi pemimpin Pakatan Harapan (PH), terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan orang kanannya Rafizi Ramli hanya untuk mempengaruhi pengundi.

Sehubungan itu, Pengerusi Perikatan Nasional (Perikatan) Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Anwar mengemukakan bukti bahawa Perikatan Nasional adalah gabungan politik yang terkaya.

Menurutnya Perikatan hanyalah sebuah gabungan baharu yang tidak mempunyai banyak sumber kewangan.

“Mana buktinya? Saya boleh tunjukkan kepada anda akaun bank Perikatan dan bandingkan dengan akaun bank PH jika Anwar boleh memberikannya.

“Saya cabar dia tampil dengan bukti… jika dia tidak dapat membuktikannya, maka dialah pembohong terbesar… jadi jangan percaya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi bertemu dan bertanya khabar bersama masyarakat di Taman Sri Stulang di Johor Bahru hari ini (Selasa, 15 November 2022).

Muhyiddin turut menyelar dakwaan Anwar berhubung Barisan Nasional (BN) dan Perikatan mengadakan mesyuarat untuk membentuk kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

“Sekali lagi, mana buktinya? Jangan buat dakwaan tanpa asas. Jelas sekali kita (Perikatan dan Barisan) sedang menyerang sesama sendiri.

“Anwar suka membuat dakwaan sama seperti Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli untuk mempengaruhi pengundi,” katanya sambil menambah bahawa pendirian Perikatan adalah jelas iaitu parti itu akan bergerak sendiri.

Diminta mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid bahawa hubungan PAS dan Bersatu hanyalah “perkahwinan kontrak”, Muhyiddin berkata UMNO mempunyai hubungan yang sama dengan parti politik lain sebelum ia dikalahkan pada 2018.

“Bersatu dan PAS adalah pengasas Perikatan, dan hubungan kami bukan berdasarkan ‘akad nikah’.

“Tidak ada perkara seperti itu dalam politik kami, dan orang itu hanya berkata demikian kerana dia menyedari kekuatan dan sokongan diterima Perikatan daripada rakyat semakin meningkat,” katanya.

Sebelum ini, Anwar dilaporkan berkata Perikatan adalah gabungan politik terkaya, menerima projek bernilai berbilion ringgit semasa pandemik Covid-19.

Beliau juga mendakwa Barisan dan Perikatan telah menghantar wakil mereka untuk memulakan rundingan pembentukan kerajaan selepas PRU-15.

Anwar dan Rafizi selama membuat pelbagai tuduhan terhadap Perikatan, tetapi masih gagal mengemukakan bukti atau melaporkannya kepada pihak berkuasa untuk disiasat. Mereka hanya membuat tuduhan palsu.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tak cukup kerusi, PH dan DAP akan bentuk kerajaan negeri Pahang dengan BN
29 minit lalu· Politik
Setpol Ismail Sabri dikaitkan dalam rakaman audio jatuhkan Najib buat laporan polis
November 25, 2022· Politik
Terima kasih atas tawaran tapi PN ada maruah sedia jadi pembangkang: Muhyiddin
November 25, 2022· Politik
Apa berlaku dalam mesyuarat MT, dua ahli beri gambaran UMNO khianat Melayu
November 25, 2022· Politik
Popular
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
November 26, 2022
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
November 26, 2022
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
November 26, 2022
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
November 26, 2022
Lagi Politik terkini
Strategi dahulukan bajet mini 2023: Anwar takut bawa usul keabsahan
1 jam lalu · Politik
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
3 jam lalu · Politik
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
5 jam lalu · Politik
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
5 jam lalu · Politik
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
21 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok