Kalau takut dengan bayang sendiri, PMX boleh bawa usul undi tak percaya: Razali

May 7, 2023 · Politik

Tidak perlu Datuk Seri Anwar Ibrahim sangsi dengan majoriti dimilikinya sehingga perlu mencabar pembangkang, kata Ketua Penerangan Bersatu, Senator Datuk Razali Idris.

Razali menyifatkan tindakan Perdana Menteri (PMX) yang membuat cabaran kepada pembangkang berhubung usul undi tak percaya sebagai tak wajar tetapi sebaliknya kerajaan boleh membawa usul undi tak percaya di Parlimen jika beliau sangsi dengan sokongan dimilikinya.

“Kalau dia takut dengan bayang-bayang sendiri, dia sendiri boleh buat undi tidak percaya, setiap kali Parlimen bersidang dia buat undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.

“Kerana Anwar ini nampak masih lagi macam pembangkang dan bukannya kerajaan,” katanya dipetik laporan BH.

Dalam pada itu, Razali berkata Ahli Parlimen Bbersatu tidak bercadang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap kerajaan campuran pada sidang Parlimen bulan ini.

Jelasnya, setakat ini tiada perbincangan mengenainya di peringkat parti termasuk berkaitan angka untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

“Kenyataan Perdana Menteri itu ditujukan kepada Ketua Pembangkang (Datuk Seri Hamzah Zainudin), namun ketua pembangkang tidak pernah membuat kenyataan mempunyai majoriti yang mencukupi.

“Namun kenapa Anwar perlu memikirkan khabar angin atau gosip kecil di luar gelanggang. Sepatutnya dia tidak perlu fikir berapa angka yang pihak sebelah saha ada, sebab kerajaan dia sudah cukup kukuh iaitu 148 kerusi.

“Sangat sukar untuk pihak pembangkang mengatasi jumlah itu, ia bukanlah satu perkara mudah. Kecuali ketua pembangkang sendiri yang maklumkan kita ada angka mencukupi, barulah Anwar boleh cabar.

“Tapi isu angka mencukupi ini hanya cakap-cakap di kedai kopi, yang bercakap itu pun bukanlah tokoh, pimpinan tinggi atau ketua parti, sebaliknya hanyalah orang biasa,” katanya lagi.

Terdahulu, Anwar semasa berucap di Permatang Pauh mencabar mana-mana pihak yang mendakwa mempunyai sokongan cukup bagi menumbangkan kerajaan campuran supaya membawa usul berkenaan pada sidang Parlimen depan.

Berita berkaitan
UMNO-BN ditawar tanding 16 kerusi di N. Sembilan, tapi minta tambah dua lagi
5 minit lalu· Politik
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
47 minit lalu· Politik
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
12 jam lalu· Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
12 jam lalu· Politik
Popular
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
June 6, 2023
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
June 6, 2023
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
June 6, 2023
Lagi Politik terkini
Puad dakwa bekas pemimpin mahu lihat UMNO ranap dan Zahid lemah
17 minit lalu · Politik
Jamal kecewa lihat Noh berada atas pentas politik bersama PN
56 minit lalu · Politik
Siapa pengkhianat rakyat sebenar di Pulau Pinang? MP Permatang Pauh balas Guan Eng
1 jam lalu · Politik
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
13 jam lalu · Politik
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok