Kalau tak semua mungkin tempat tertentu, PAS berunding kerusi dengan UMNO

October 3, 2022 · Politik

PAS masih mengharapkan jika tidak semua kerusi dapat dirundingi dengan UMNO mungkin sebilangan kerusi tertentu masih dapat dibincangkan pembahagiannya.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan pemimpin atasan PAS dan UMNO akan berjumpa pada masa terdekat bagi membincangkan berhubung isu 27 kerusi Parlimen yang dilihat mempunyai peluang untuk dimenangi jika dapat mengelak pertembungan banyak penjuru.

“Kalau tidak boleh semua (muafakat antara UMNO-PAS) pun, mungkin tempat tertentu. Tidak mustahil,” katanya dipetik laporan media.

Tuan Ibrahim bagaimanapun menegaskan setiap perbincangan dengan parti luar komponen Perikatan Nasional (PN) akan dilaporkan kepada Majlis Presiden untuk memutuskan jalan terbaik yang perlu diambil.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataan hari ini berkata parti itu menyambut baik kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menzahirkan keterbukaan memulihkan agenda penyatuan ummah berikutan pertemuan empat mata Presiden UMNO dan PAS pada 17 Sept lepas.

“PAS mengulangi komitmen untuk bersama dalam segala usaha ke arah mencapai hasrat penyatuan ummah terutamanya dalam kalangan rakyat berbangsa Melayu dan beragama Islam berteraskan Ayat 10 Surah al-Hujurat yang menekankan soal ‘perdamaian’ antara orang-orang Islam bertelagah dalam sesuatu urusan mereka,” katanya lagi.

Takiyuddin berkata PAS tetap mengharapkan suatu jalinan penyatuan ummah yang sejati dapat direalisasikan antara parti-parti utama Melayu dan Islam di negara ini.

“PAS dengan ini mengambil sikap mengkaji secara mendalam keterbukaan UMNO dalam hal ini dan akan membuat keputusan muktamad sebelum hujung minggu ini dengan mengambil kira aspek maslahah yang lebih besar serta mudhorat (risiko) paling ringan,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas berkawan dengan UMNO, PH tidak lagi hormati kebebasan bersuara
3 jam lalu· Politik
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
9 jam lalu· Politik
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
10 jam lalu· Politik
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
12 jam lalu· Politik
Popular
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
November 29, 2022
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
November 29, 2022
Lagi Politik terkini
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
3 jam lalu · Politik
PAS tunjuk bukti sikap DAP terhadap Islam, Melayu. UMNO buat-buat lupa
7 jam lalu · Politik
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
8 jam lalu · Politik
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
13 jam lalu · Politik
Amanah beri laluan kepada UMNO bertanding di Tioman selepas Zahid sokong PH-DAP
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok