Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar

December 7, 2022 · Politik

Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim mempersoalkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan pegangan saham Padiberas Nasional Berhad (Bernas) yang dibeli dalam syarikat disenaraikan di Bursa Malaysia.

Beliau turut mengecam tindakan Anwar yang mendedahkan hanya beberapa nama terlibat dalam pembelian saham berkenaan, selain mengumumkan secara terbuka butiran syarikat itu yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia.

Kelmarin, Anwar berkata kerajaan pimpinannya akan meneliti isu monopoli import beras yang dikuasai Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary serta meneliti keuntungan beliau yang membeli pegangan Bernas milik Tan Sri Tan Boon Seng dengan harga RM800 juta dan Datuk Seri Shahidan Kassim (RM400 juta).

Shahidan berkata dakwaan beliau memiliki saham Bernas sebanyak RM400 juta juga adalah tidak benar.

“Saya tidak ada saham dalam Bernas, pemilik Bernas yang perlu jawab isu terbabit.

“Pendedahan Anwar itu tidak benar. Insya-Allah saya akan berikan jawapannya di Parlimen nanti. Sepatutnya Anwar beri perhatian pulihkan negara berbanding korek hal-hal seperti itu.

“Kalau nak korek, korek semualah sebab Bernas syarikat yang disenaraikan, ini ialah pembelian saham dalam syarikat yang disenaraikan, apa kesalahannya?,” katanya menurut Sinar.

Shahidan juga mempersoal kewajaran Anwar yang bertindak hanya menyebut namanya sedangkan terdapat lebih 1,000 syarikat disenaraikan.

“Beli saham dalam pasaran perlu cerita semua kah? Sebut semua lah, kenapa hanya nama saya diberikan perhatian. Bukan setakat tidak benar tetapi bolehkah Perdana Menteri ceritakan pembelian saham dalam syarikat disenaraikan secara terbuka?

“Saya sedang dapatkan nasihat perundangan sebab ini ialah syarikat disenaraikan. Apakah boleh syarikat disenaraikan kita bincang secara terbuka. Kalau ya, saya ingat eloklah cerita semua syarikat yang ada,” soalnya lagi.

Menurutnya, pendedahan tersebut juga telah mengaibkan dirinya kerana merupakan suatu tuduhan tidak tepat.

“Saya nak bagi tahu tuduhan tersebut tidak benar, ia melibatkan sebuah syarikat kerajaan yang diswastakan dan adalah syarikat yang disenaraikan. Pembelian saham bukan ada hubung kait dengan kerajaan.

“Siapa yang hisap duit rakyat? Bernas tak hisap duit rakyat, Bernas hanya berniaga. Isu ini merugikan masa saya, sepatutnya saya fokus kepada masalah rakyat dan kebangkitan Perikatan Nasional (PN) yang luar biasa,” ujarnya.

Shahidan turut menasihatkan agar Anwar memberi tumpuan kepada usaha untuk membela rakyat berbanding isu seumpama.

“Perkara itu melibatkan perundangan dan sebuah syarikat yang disenaraikan, perkara berlaku sudah berpuluh tahun. Kenapa saya yang dipersalahkan, sekarang bukan saya tuan punya Bernas.

“Perlukah saya jawab isu Bernas? Tanyalah pemilik sekarang sebab beliau beli saham yang disenaraikan, bukan (milik) saya seorang tetapi ramai (pemilik), jadi tak betul lah tuduhan itu,” tegasnya.

Berita berkaitan
Anwar patut tanya apa nilai UMNO Zahid bawa dalam kerajaan, kata KJ
January 30, 2023· Politik
MP PH kata lantik Nurul Izzah salah dari segi moral
January 30, 2023· Isu semasa
Penasihat ekonomi wajib ada latar belakang ekonomi, CME bidas Anwar
January 30, 2023· Isu semasa
PM lantik anak jadi penasihat kanan
January 29, 2023· Isu semasa
Popular
KJ, Annuar, Noh bakal sertai PAS?
February 7, 2023
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
February 8, 2023
Bila jembalang jadi rakan, Melayu bangkit pertahan agama, bangsa
February 8, 2023
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
February 8, 2023
Lagi Politik terkini
Aminuddin bimbang KJ mungkin tanding PRN Negeri Sembilan
1 jam lalu · Politik
Bila jembalang jadi rakan, Melayu bangkit pertahan agama, bangsa
4 jam lalu · Politik
SPRM boleh siasat akaun bank parti tapi jangan bersifat politik: PAS
4 jam lalu · Politik
Dulu lantang kini diam, MUDA bidas pemimpin PH isu kapal tempur
6 jam lalu · Politik
MUDA kecil hati tak dijemput ke mesyuarat di pejabat UMNO, tapi logo di poster ada
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
13 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok