Kalau nak jadi PM pun tunggu tiga bulan lagi: Hamzah

June 11, 2021 · Politik

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin menggesa pemimpin politik supaya bersabar untuk tempoh sehingga Oktober ini, susulan desakan pembukaan segera Parlimen.

Beliau berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) sedar akan desakan berkenaan, namun demi kesejahteraan bersama beliau menuntut akan ‘pengorbanan politik’ daripada kesemua mereka.

Setiausaha Agung Bersatu itu menjelaskan, kerajaan PN ‘tidak takut’ dengan pembukaan semula Parlimen.

“Sabar sekejap. Sekarang kita ada program vaksinasi, menjelang September atau Oktober kita akan sampai matlamat kita. Kemudian bukalah. Anda nak bertumbuk, nak buat apa (dalam Parlimen).

“Anda (media) beritahu semua orang, khususnya ahli politik yang beria-ia sangat hendak menjadi Perdana Menteri itu agar bersabar untuk tiga bulan lagi,” katanya dipetik daripada laporan Sinar Harian.

Beliau mengulas desakan terbaharu blok pembangkang yang mahukan sidang Parlimen hibrid dibenarkan seterusnya membolehkan sidang Parlimen dilansungkan.

Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun membayangkan bukan mudah untuk mengadakan sidang Parlimen secara hibrid kerana beberapa cabaran perlu dihadapi.

Katanya beberapa perincian termasuk aspek undang-undang dan prosedur perlu dipertimbangkan secara teliti, khususnya sepanjang perbahasan secara maya, kerana tidak semua tatacara diamalkan ketika persidangan bersemuka boleh dilakukan.

Beliau memetik contoh sidang Parlimen Australia di mana setiap ahlinya tidak boleh mencelah ketika perbahasan, sebaliknya perlu memberi notis 15 minit sebelum berbuat demikian.

Dalam pada itu, Hamzah secara sinis meminta pembangkang untuk memahami keadaan semasa kerana baginya pembangkang sudah memiliki ‘bilangan nombor’ untuk memerintah tidak lama lagi.

“Anda sudah ada ‘nombor’ dan serang. Masa itu tidak mengapa sebab kita sudah ada imuniti kelompok. Yang sekarang ini tiba-tiba nak buat untuk apa?” soal beliau.

Ahli Parlimen Larut itu berkata, jika sidang Parlimen dilaksanakan secara hibrid, perkara pertama perlu dibuat adalah mengenai perintah tetap atau ‘standing order’.

“Perintah tetap Parlimen hibrid macam mana? Kena duduk (berbincang) bagi membuat perintah tetap (Parlimen hibrid) dulu. Berapa lama ia akan mengambil masa? Dua minggu? Tidak cukup,” tambah beliau.

Beliau juga menarik perhatian kepada jumlah orang yang perlu diuruskan sekiranya Parlimen bersidang.

“Ada lebih 200 Ahli Parlimen. Kalau setiap seorang bawa pegawai mereka, sudah lebih 400 orang. Pegawai di Parlimen sahaja ada 300 orang,” katanya dengan menambah bahawa jumlah itu tidak termasuk pemandu dan kakitangan sokongan.

“Jumlahnya akan cecah 1,000 orang. Kalau kita buka Parlimen dan bersidang dari pagi sampai 6 petang setiap Isnin sehingga Khamis, kita beri ruang kepada musuh (Covid-19) menyerang kita.”

Berita berkaitan
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
19 jam lalu· Isu semasa
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023· Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023· Politik
Popular
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
September 26, 2023
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
September 27, 2023
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
3 jam lalu · Politik
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
19 jam lalu · Politik
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
19 jam lalu · Politik
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
September 26, 2023 · Politik
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023
[VIDEO] Sanusi tolak jadi calon naib presiden PAS, selesa jadi AJK
60 minit lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok