Kalau dilantik takkan nak tolak, kata Dr Mahathir

October 18, 2022 · Politik

Sekiranya dilantik menjadi Perdana Menteri (PM) kali ketiga, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kemungkinan tidak menolak tawaran tersebut.

Pengerusi Penaja Pejuang itu berkata tidak menjadi masalah untuk menjadi PM sekali lagi kerana masih mempunyai kudrat untuk bekerja, malah bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

“Saya setakat ini boleh berfungsi lagi. Saya boleh bergerak, saya boleh bercakap. Saya boleh berunding, saya boleh ni semua. Walaupun umur saya lebih tapi saya masih lagi boleh bekerja.

“Kalau nak juga (dilantik sebagai Perdana Menteri) tak akan lah saya nak tolak tapi seboleh-bolehnya taklah (tidak mahu),” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Dr Mahathir terdahulu mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Pejuang di Langkawi hari ini.

Sementara itu, Dr. Mahathir terbuka apabila terdapat desas-desus mengatakan kerusi Langkawi akan ditandingi ramai calon termasuk bekas Setiausaha Politik Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Datuk Ezam Mohd. Nor.

“Kalau dia nak bertanding ok sahaja, ini (negara) demokrasi membenarkan siapa sahaja bertanding, kalau sampai 100 orang bertanding di Langkawi pun ok,” katanya.

Dr Mahathir selepas PRU-14 berjaya dilantik menjadi PM buat kali kedua, bagaimanapun meletak jawatan kemudiaannya dan tidak menunaikan janjinya untuk menyerah jawatan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semasa pemilihan pengganti, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya mendapatkan majoriti dikalangan Ahli Parlimen untuk menjadikannya dilantik sebagai PM Kelapan pada 2020 lalu.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
Popular
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
Isu skandal seks, Exco Melaka tampil jelaskan dakwaan yang direka cipta
April 27, 2023
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
PMX ulang gesaan supaya Dr M, Daim bawa balik kekayaan
May 7, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024 · Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok