Kalau BN kalah sama juga, ramai akan masuk Bersatu: Hamzah

October 18, 2022 · Politik

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin membuat andaian sama berhubung dakwaan ramai ahli dan pemimpin parti itu akan menyertai UMNO jika kalah Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Menurutnya amalan melompat daripada satu parti ke parti lain membabitkan ahli mahupun pemimpin mana-mana parti politik adalah perkara biasa sejak lama dahulu.

Beliau menjelaskan perbuatan itu adalah perkara sama yang dilakukan oleh semua pihak, bukan satu parti sahaja.

“Kalau BN tidak berjaya dalam PRU-15 ramai ahli UMNO akan lompat masuk ke kita (Bersatu),” katanya ringkas ketika menjawab dakwaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dilantik, Isham Jalil kononnya ramai ahli dan pimpinan Bersatu akan menyertai UMNO atau PAS selepas PRU-15.

“Jadi sama sahaja… akan ada ahli dan pemimpin akan melompat untuk sertai UMNO atau Bersatu,” tambahnya menurut Sinar.

Hamzah sebelum itu hadir pada majlis pelancaran Program Keluarga Aspirasi Kepulihan Peringkat Kebangsaan 2022 di sini pada Rabu.

Majlis dirasmikan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Pada 16 Oktober lalu, Isham dilaporkan berkata, kegagalan Bersatu untuk menang besar pada PRU-15 akan datang boleh menjadi pengakhiran kepada parti itu, dengan ahlinya kembali semula kepada UMNO atau menyertai PAS.

15 Oktober lalu media melaporkan 338 ahli UMNO Bachok menyertai Bersatu dan akan membantu kemenangan parti itu pada PRU-15.

Mereka menghantar borang permohonan keahlian diketuai Ketua Cawangan UMNO Senok Tok Pakeh, Che Ramli Haron ketika Program Selamat Tinggal UMNO di Pantai Senok.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Mohd Zulkifli Zakaria berkata, Bersatu menganggarkan lebih 5,000 lagi ahli UMNO menyertai parti berkenaan.

Bagaimanapun, bagi ahli Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang menang kerusi masing-masing mungkin menghadapi masalah untuk melompat parti kerana undang-undang antilompat bakal dikuatkuasakan.

Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen lompat parti diwartakan pada 6 September lalu setelah Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan, namun tarikh penguatkuasaannya belum ditetapkan lagi.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
2 jam lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
4 jam lalu· Politik
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
8 jam lalu· Isu semasa
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
8 jam lalu· Politik
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
10 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
12 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
14 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
15 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok