Kalah teruk PRU-15, Zahid kata UMNO masih relevan sekarang

May 12, 2023 · Politik

UMNO masih relevan meskipun terdapat tanggapan bahawa parti itu seolah-olah “tidak bernyawa lagi,” terutamanya selepas memperlihatkan rekod prestasi kurang baik sejak 2018, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Untuk rekod, pencapaian semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah terburuk dalam sejarah apabila UMNO-Barisan Nasional (BN) hanya memenangi 30 kerusi dan terpaksa menumpang dalam kerajaan, tetapi mujur diberikan jawatan menteri banyak daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata UMNO yang telah melalui pelbagai cabaran sepanjang 77 tahun penubuhannya, masih mempunyai 26 Ahli Parlimen serta empat lagi Ahli Parlimen daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) yang menyertai Kerajaan Perpaduan, menurut laporan Bernama.

“Di dalam kita melihat diri kita sendiri, kita jangan lupa lihat sejarah, namun kalau kita hanya menggali sejarah tanpa persediaan kita ke hadapan, maka kita tidak akan ke mana-mana.

“Dua puluh tiga tahun lagi, UMNO akan berusia 100 tahun ertinya dalam dua dekad lagi, apabila UMNO berusia 100 tahun ketika itu lakaran perjuangan UMNO mungkin telah berubah,” katanya.

Beliau berkata biarpun berada dalam kerajaan sekarang dengan jumlah Ahli Parlimen yang kecil, parti ini berfungsi dengan lebih baik dalam Kerajaan Perpaduan dengan konsep Malaysia MADANI berbanding dengan hubungannya dengan rakan kongsi dalam kerajaan sebelum ini.

Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian dalam amanatnya sempena majlis sambutan Ulang Tahun ke-77 UMNO di sini malam tadi yang turut dihadiri kepimpinan tertinggi parti.

Sementara itu, berhubung agihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, Zahid yang juga
Pengerusi BN ketika ditemui media berkata parti telah menyerahkan kepada Timbalan Pengerusi Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengetuai rundingan bersama parti di dalam Kerajaan Perpaduan.

“Kita menyerahkan kepada kebijaksanaan Timbalan Presiden UMNO (Mohamad) dalam membuat rundingan itu nanti,” katanya.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN tahun ini adalah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Mengulas mengenai Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang dijadual berlangsung Ahad ini, Zahid berkata kesemua 148
Ahli Parlimen yang mendokong kerajaan akan dihimpunkan dengan Anwar dijangka akan menyampaikan amanat penting.

Berita berkaitan
PN N.Sembilan selesai bahagi kerusi, tinggal umum
1 jam lalu· Politik
Saya bangga Tan Sri Lim akhirnya pakai songkok, kata MCA kepada DAP
2 jam lalu· Politik
PAU 2023: Tak dijemput, DAP hormati keputusan Pemuda UMNO
2 jam lalu· Politik
UMNO parti utama, perlu bantu parti lain dalam kerajaan menang PRN: Mat Maslan
6 jam lalu· Politik
Popular
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
June 4, 2023
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
June 4, 2023
Minta bekas ahli ke PAU, UMNO bimbang ramai pakai baju roket daripada baju Melayu?
June 4, 2023
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
June 4, 2023
Lagi Politik terkini
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
4 jam lalu · Politik
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
7 jam lalu · Politik
PN akan jadikan P. Pinang mampu didiami orang miskin dan kaya: Sanusi
8 jam lalu · Politik
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
9 jam lalu · Politik
Selagi Zahid jadi Presiden, saya tidak akan hadir: Tun Faisal
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
13 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok