Kalah teruk di Johor, Pejuang akui belum bersedia berdepan parti besar

March 31, 2022 · Politik

Parti Pejuang mengaku berdepan cabaran yang sangat getir menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 akan datang kerana ia adalah sebuah parti baharu yang masih kecil berbanding parti ‘gergasi’ di dalam kerajaan.

Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata parti itu belum pun cukup usia setahun, setelah diluluskan secara rasmi oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pada Julai tahun lepas, menurut laporan Bernama.

“Jumlah keahlian pun tak berapa ramai walaupun sudah meningkat, jentera pun belum cukup terlatih.… kita berdepan dengan ‘gergasi’ kerana parti-parti lain sudah lama bertapak termasuk di Terengganu ini.

“Cabarannya sangat getir untuk kita lalui namun itu tidak mematahkan semangat kami untuk terus berusaha kerana kita tahu perjuangan ini adalah jangka masa panjang. Insya-Allah kita akan berjaya membawa perubahan yang diidamkan oleh rakyat di seluruh negara,” katanya dalam sidang media di Kuala Terengganu hari ini.

Beliau berkata kekalahan teruk Pejuang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini perlu dijadikan iktibar agar parti itu lebih realistik dan ‘mengukur baju di badan sendiri’ sebelum mengatur strategi dan percaturan politik dalam negara kerana Pejuang tidak mahu lagi bergelar pembangkang selepas ini.

Berita berkaitan
Perhalusi isu kalimah Allah dengan cermat, titah Sultan Johor kepada kerajaan
May 24, 2023· Isu semasa
Tular poster penganjuran ‘Gang Bang JB Party’, pihak berkuasa digesa bertindak
May 24, 2023· Isu semasa
Tun M Tinggalkan GTA, fokus perjuang Proklamasi Orang Melayu
May 12, 2023· Politik
MetMalaysia keluar amaran ribut petir di 11 negeri, Wilayah Persekutuan
May 4, 2023· Isu semasa
Popular
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
May 29, 2023
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
May 29, 2023
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
May 29, 2023
Jamal disaman RM1 juta berhubung isu ‘pengundi hantu’ semasa PAU
May 29, 2023
Lagi Politik terkini
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
51 minit lalu · Politik
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
2 jam lalu · Politik
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
4 jam lalu · Politik
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
7 jam lalu · Politik
Jamal disaman RM1 juta berhubung isu ‘pengundi hantu’ semasa PAU
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
7 jam lalu
[VIDEO] UMNO salah langkah, akan tersasar jika terus bersama DAP
May 28, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok