Kalah semua kerusi, PKR ucap tahniah kepada BN

Hampir kalah semua 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang PKR masuk bertanding, Setiausaha Agungnya Datuk Saifuddin Nasution mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) malam ini.

Saifuddin berkata PKR menerima keputusan yang dibuat pengundi Melaka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini selepas calon mereka tewas di hampir semua kerusi DUN Melaka.

“Kami mengucapkan tahniah kepada Umno dan BN juga terima kasih kepada pengundi negeri Melaka yang keluar untuk membuat keputusan pada hari ini,” katanya semasa sidang media Pakatan Harapan (PH) sebentar tadi.

Turut serta Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Pengerusi Amanah Melaka, Adly Zahari merangkap calon DUN Bukit Katil dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook.

PH kehilangan hampir separuh kerusi mereka dalam PRN Melaka kali ini selepas gagal mempertahankan kerusi dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, sementara BN menang dengan majoriti menyakinkan.

PH gagal mempertahankan 15 kerusi DUN yang mereka menangi sebelum ini, sebaliknya BN berjaya memperoleh majoriti agak besar sekaligus akan membentuk kerajaan negeri yang baharu.

BERITA BERKAIT
POPULAR