Kabinet tak pernah bincang PRU-15, fokus bantu rakyat: Menteri agama

June 29, 2022 · Politik

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sentiasa menumpukan kepada usaha membantu rakyat, terutama ketika suasana ekonomi yang mencabar ketika ini, berbanding perkara lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata sehingga hari ini, isu selain daripada kepentingan rakyat, termasuk mengenai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak pernah disentuh oleh Perdana Menteri ketika mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

“Dalam Kabinet sebenarnya lebih menumpukan dan membincangkan bagaimana kita nak membantu rakyat terutama dalam suasana ekonomi yang agak berat pada hari ini, macam mana kita nak berikan bantuan sama ada melalui subsidi, program jualan murah, itu yang selalu kita fikirkan.

“Dan Perdana Menteri juga minta supaya penumpuan ke arah itu, dia tak sentuh lagi bab berkenaan dengan pilihan raya setakat ini,” katanya kepada Bernama.

Idris berkata pada ketika ini, setiap pemimpin politik seharusnya mengelakkan diri daripada terlibat dengan perebutan kuasa yang akhirnya hanya akan merugikan rakyat.

Sebaliknya, beliau berkata kedudukan sebagai pemimpin seharusnya dipergunakan dengan sebaik mungkin untuk menjadi pemudah cara kepada kehidupan rakyat.

“Kita perlu ingat bahawasanya kita menjadi pemimpin politik ini sebahagian daripada ajaran agama. Sebab itu janganlah kita cemarkan politik ini sebab politik adalah tugas yang mulia.

“Dalam hal sebegini bila kita menjadi pemimpin, kita mesti jadi pemudah cara kepada rakyat. Kita fikir siang malam untuk rakyat.

“Apabila (berlaku) perebutan kuasa, rakyat yang menjadi mangsa. Negara kita (menerima) kesan daripada Covid-19, rakyat baru nak bernafas, tiba-tiba bila kita berebut macam ini akan mewujudkan suasana yang tidak kondusif yang seterusnya akan memberikan kesan kepada ekonomi,” katanya.

Justeru, Idris menggesa seluruh pimpinan politik di negara ini untuk mendahulukan kepentingan rakyat berbanding kepentingan politik masing-masing.

Berita berkaitan
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023· Politik
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Zahid tiada ciri ketua kerajaan untuk jadi Perdana Menteri
April 13, 2021
Ketua Bahagian Tanjung Piai sahkan ikut PM ke UNGA di Amerika, Mat Maslan nafi
September 13, 2022
PRU-15: Perutusan Khas Muhyiddin
November 18, 2022
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok