Kabinet minta PM tumpu kepada persiapan banjir, bukan PRU-15: Azmin

October 2, 2022 · Politik

Persiapan menghadapi kemungkinan banjir perkara adalah keutamaan Kabinet dan bukan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15), kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Azmin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri memberitahu Kabinet tidak pernah bersetuju supaya PRU-15 disegerakan seperti didakwa Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sebaliknya kerajaan mahu menumpukan kepada aspek persediaan menghadapi bencana banjir pada hujung tahun.

“Ya sebab itu memang perkara (PRU-15) yang telah dijangkakan bahawa untuk kepentingan individu tertentu di dalam UMNO.

“Perdana Menteri dipaksa untuk menetapkan tarikh pilihan raya umum ataupun pembubaran tetapi kita juga bincang dalam jemaah menteri bahawa kita harus berpegang kepada perlembagaan yang jelas menyatakan bahawa Jemaah Menteri yang akan memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri (PM) akan membawa mandat daripada Jemaah Menteri.

“Jadi dalam perbincangan awal kita telah menyatakan kepada PM supaya tumpuan diberikan kepada persiapan kemungkinan. Apabila berlaku banjir kerana kebajikan rakyat dan keselamatan rakyat itu perlu diberikan keutamaan,” katanya selepas sidang media semasa pelancaran jentera pilihan raya Bersatu Selangor hari ini.

Jelas Azmin lagi, Kabinet berpandangan masih terdapat masa yang panjang untuk mengadakan PRU-15 dan tidak perlu tergesa, malah secara peribadi menyatakan pandangan sedikit masa lagi diperlukan untuk memastikan keadaan ekonomi kembali stabil.

“Kita masih ada masa yang panjang untuk mengadakan pilihan raya umum tidak perlu tergesa-gesa.

“Yang kedua saya juga telah memberikan pandangan walaupun situasi ekonomi negara semakin baik, semakin pulih berdasarkan data dan statistik yang telah diumumkan.

“Namun saya sebagai mewakili kementerian yang bertanggungjawab tentang pelaburan dan perdagangan, merasakan kita perlu sedikit masa lagi untuk meyakinkan pelabur-pelabur asing supaya dapat terus melabur di Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan kerana hanya dengan pelaburan-pelaburan baru ini kita dapat mencipta pertumbuhan ekonomi yang mampan dan dapat mencipta pekerjaan,” katanya lagi yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.

Terdahulu, media melaporkan Ahmad berkata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga membuat keputusan supaya PRU-15 diadakan tahun ini.

Pada masa sama, beliau membayangkan bahawa isu keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dikatakan mendahului Jemaah Menteri dalam menentukan pembubaran Parlimen dan mengadakan PRU-15, juga tidak timbul.

Ini kerana menurut beliau, mesyuarat MT pada Jumaat lalu telah diberi gambaran mengenai mesyuarat Jemaah Menteri dalam perkara berkenaan.

Memetik BH hari ini, Ahli Parlimen Pontian itu berkata keputusan mengadakan PRU-15 pada tahun ini juga dibuat PM yang juga Naib Presiden UMNO yang hadir pada mesyuarat MT Jumaat lalu.

Katanya, UMNO bukan mahu mengambil kuasa mahu pun mendahului Kabinet, namun oleh kerana PM adalah sebahagian pemimpin tertinggi parti, maka ia perlu membuat keputusan bersama.

“Oleh kerana PM daripada UMNO, maka kita nyatakan pendirian berkaitan mengenai PRU-15. Yang akan menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan juga adalah PM.

“Atas sebab itu, UMNO perlu buat keputusan yang memandu ke arah PRU-15, bukan parti lain. Kita harap panduan dibuat itu akhirnya berjaya membawa kepada pilihan raya diadakan.

“Apatah lagi PM adalah sebahagian yang buat keputusan itu (PRU-15) kerana beliau hadir dalam Mesyuarat Top Five, Biro Politik dan MT Jumaat lalu.

“Dalam urusan Kabinet itu tentunya sudah diselesaikan. Walaupun saya tiada dalam Kabinet namun MT ada diberi gambaran mesyuarat Kabinet,” katanya.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Pemuda MCA gesa kerajaan tangani kos sara hidup, syor perkenal GST
October 21, 2023
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
22 jam lalu · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
22 jam lalu · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
22 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
22 jam lalu · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok