Kabinet bincang PRU-15 Rabu

September 19, 2022 · Politik

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet pada Rabu ini, selain perkembangan ekonomi negara.

Beliau berkata memandangkan Rabu ini terdapat Mesyuarat Kabinet sebelum beliau berlepas ke New York, Amerika Syarikat bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), mungkin perbincangan berkaitan perkara itu dengan Kabinet boleh diadakan terlebih dahulu sebelum pertemuan “Top 5” UMNO bagi membincangkan perihal PRU15.

Ismail Sabri berkata mesyuarat Kabinet mempunyai wakil pelbagai parti termasuk UMNO, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Bersatu bagi membolehkan hal berkaitan PRU-15 dibincangkan, menurut Bernama.

“Kabinet ada wakil parti Bersatu, GPS dan UMNO, kita akan bawa (hal PRU) dalam (mesyuarat) Kabinet,” katanya ketika ditanya media adakah perkara berkaitan PRU akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet, selepas melancarkan Dasar Tenaga Negara 2022-2040 di Putrajaya, hari ini.

Mengikut Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan itu.

Ismail Sabri berkata beliau masih belum mengadakan pertemuan dengan Top Five UMNO bagi membincangkan hal berkaitan PRU15.

“Dari segi PRU, waktu perhimpunan Barisan Nasional saya ada sebut PRU akan diadakan dalam waktu terdekat… beri masa dan tunggulah sehingga saya jumpa Top Five dan Presiden UMNO,” katanya.

Top Five merujuk kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ismail Sabri.

Ditanya bila pertemuan dengan Top Five akan dilakukan, Ismail Sabri berkata kebiasaanya pertemuan itu akan dibuat sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 30 Sept ini.

“Biasanya kalau MT malam, petang itu Top Five dan biro politik sekali tetapi saya belum dapat tarikh lagi tetapi MT telah ada tarikh iaitu 30 Sept malam. Mungkin petang itu kita (Top Five) akan bincang,” katanya.

Sabtu lepas, Ismail Sabri pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN berkata tarikh pembubaran Parlimen akan diumumkan tidak lama lagi, untuk memberi laluan kepada PRU15.

Mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta PRU diadakan segera jika Perdana Menteri gagal menguruskan ekonomi negara, Ismail Sabri berkata kerajaan mempunyai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk menjaga hal ehwal ekonomi.

“Dari segi ekonomi, Mustapa ada dengan saya yang uruskan ekonomi, kita juga ada Majlis Pemulihan Negara (MPN) dipengerusikan Muhyiddin. Jadi tanggungjawab ini tanggungjawab bersama… kalau gagal bermakna semua gagal… MPN pun gagal,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin dalam catatan di Facebook miliknya berkata jika Ismail Sabri terus gagal mengurus ekonomi dan negara dengan baik, eloklah pilihan raya diadakan supaya sebuah kerajaan baharu yang lebih cekap, prihatin dan bebas rasuah dapat dipilih oleh rakyat.

Berita berkaitan
Hanya ada 38 kerusi, Anwar bidas UMNO tiada majoriti putuskan bubar Parlimen
1 jam lalu· Politik
PH pertimbang tolak Bajet 2023 jika tiada jaminan PRU tahun depan: Anwar
1 jam lalu· Politik
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
2 jam lalu· Isu semasa
Nak hantar isteri atau anak pun boleh di Gombak, Azmin sedia berdepan
3 jam lalu· Politik
Popular
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
September 30, 2022
Tiga syarat kepada PAS jika mahu teruskan kerjasama, kata Zahid
October 2, 2022
Kabinet minta PM tumpu kepada persiapan banjir, bukan PRU-15: Azmin
October 2, 2022
Senario dihadapi Ismail Sabri sama dengan Muhyiddin, bezanya cuma..
October 2, 2022
Lagi Politik terkini
Ismail Sabri mungkin ditekan kluster mahkamah adakah PRU-15 tahun ini
15 minit lalu · Politik
UMNO menang tak lebih 50 kerusi, rakyat dah tahu penipuan mereka
39 minit lalu · Politik
Kabinet minta PM tumpu kepada persiapan banjir, bukan PRU-15: Azmin
3 jam lalu · Politik
Tiga syarat kepada PAS jika mahu teruskan kerjasama, kata Zahid
5 jam lalu · Politik
MT UMNO diberitahu Kabinet sudah maklum PRU-15: Ahmad Maslan
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Sekolah jadi pusat mengundi atau penempatan mangsa banjir, soal Rina Harun
1 jam lalu
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok