Jika UMNO menang besar dalam PRN, DAP gembira: Loke

May 10, 2023 · Politik

UMNO sekiranya berjaya mendapat kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN), DAP juga akan tumpang gembira nanti.

Harapan itu disuarakan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke yang menyifatkan UMNO sebagai kunci utama kepada kekuatan kerajaan campuran ketika ini dan semestinya kemenangan besar mereka amat diperlukan.

“Saya harap UMNO akan dapat kemenangan lebih besar, kerana dengan menjadi lebih kuat, ia akan menjadikan kerajaan lebih kuat.

“Jika mereka (UMNO) jadi lebih kuat, ia tidak baik untuk pembangkang,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Loke terdahulu menghadiri sesi meja bulat berkenaan gabungan pasca-Pilihan Raya Umum anjuran Bersih di Parlimen semalam.

Loke berkata tidak timbul soal pertembungan antara parti dalam kerajaan ketika PRN nanti.

Jelasnya lagi, DAP sentiasa berusaha agar parti dalam kerajaan terus bersama dan membina kekuatan penting agar kerajaan sekarang terus kukuh.

Loke berkata demikian ketika menjawab soalan hadirin berhubung pemisahan antara kerajaan persekutuan dan negeri, dengan ahli politik yang bekerjasama di peringkat persekutuan untuk bersaing antara satu sama lain di peringkat negeri.

“Perkara ini juga ditunjukkan dalam kerjasama PN (Perikatan Nasional) dan BN (Barisan Nasional).

“Walaupun kedua-duanya dalam kerajaan (persekutuan) sama, mereka saling berlawan di peringkat negeri dan ia menunjukkan (kerajaan persekutuan) tidak akan kekal,” katanya.

Dalam laporan itu juga, Loke berkata mustahil untuk DAP bekerjasama dengan PAS.

Katanya lagi, prinsip DAP adalah sesiapa yang membentuk kerajaan persekutuan perlu menegakkan aspek kelbagaian budaya di Malaysia.

“PAS dalam bentuk yang sekarang, (jawapan) tentunya tidak. Jika anda lihat kenyataan dan ucapan (pemimpin) mereka, dan pandangan yang dibawa presiden (Abdul Hadi Awang), mereka secara seluruhnya menolak Malaysia sebagai negara dengan pelbagai budaya,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Puad dakwa bekas pemimpin mahu lihat UMNO ranap dan Zahid lemah
7 minit lalu· Politik
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
37 minit lalu· Politik
Jamal kecewa lihat Noh berada atas pentas politik bersama PN
46 minit lalu· Politik
Siapa pengkhianat rakyat sebenar di Pulau Pinang? MP Permatang Pauh balas Guan Eng
60 minit lalu· Politik
Popular
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
June 6, 2023
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
June 6, 2023
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
June 6, 2023
Lagi Politik terkini
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
11 jam lalu · Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
11 jam lalu · Politik
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
13 jam lalu · Politik
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
14 jam lalu · Politik
Pihak sokong Proklamasi Melayu kerjasama masa pilihan raya
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok