Jika UMNO mahu sejarah PRU-14 berulang silalah tanding solo: Idris

September 18, 2022 · Politik

Nasib UMNO yang kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018 lalu mungkin berulang sekiranya parti itu mengetepikan kerjasama dengan parti-parti lain dalam berdepan pembangkang pada PRU-15 akan datang.

Kekalahan besar UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 menyebabkan gabungan itu hilang kuasa pemerintahan lebih 60 tahun. Pada PRU-14 BN hanya memenangi 79 daripada 222 kerusi Parlimen.

Nasib UMNO mungkin berulang pada PRU-14 jika kekal bertegas untuk bertanding solo, kata Naib Presiden PAS Datuk Idris Ahmad.

Menurutnya walaupun UMNO kekal dengan pendirian sedemikian, PAS akan terus berusaha untuk merapatkan hubungan parti itu bersama dua lagi parti dominan orang Melayu dan Islam iaitu UMNO dan Bersatu.

“Kita akan buat sampai rapat dinding. Kita akan usaha (rapatkan hubungan PAS, UMNO dan Bersatu) dan akhirnya rakyat yang akan menilainya sendiri.

“Biarlah parti itu (UMNO) dengan konsep mereka (nak bertanding secara solo dalam PRU-15).

“Jika nak sejarah PRU-14 berulang, silalah berbuat begitu. Tapi kita (PAS) tetap dengan konsep perpaduan ummah,” katanya menurut BH.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas program Berjalan Teguh Bersama Datuk Idris Ahmad di Dataran Tarbiah Bukit Gantang, Perak, hari ini.

Terdahulu, bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam menyarankan tiga parti dominan orang Melayu dan Islam iaitu UMNO, PAS dan Bersatu, bergabung menjadi satu kumpulan parti politik yang memperjuangkan bersama kepentingan orang Melayu serta Islam.

Ketika menyarankan demikian, beliau berkata walaupun tiga parti itu bergabung membentuk satu naungan di bawah ‘khemah’ politik yang sama, ia masih belum cukup kuat dan meluas dari segi pengaruh serta tarikan seperti PKR.

Justeru, Musa menyarankan ketiga-tiga parti itu sekiranya bergabung di bawah ‘khemah’ yang sama, perlu memberi jaminan kepada kaum lain sebagai tumpuan perjuangan mereka.

Mengulas lanjut, Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, PAS tidak melihat sokongan bangsa Melayu khususnya golongan muda kini menjurus ke arah parti pembangkang.

Beliau berkata, ia jelas dibuktikan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor, di mana PH hilang kerusi apabila kawasan ditandingi mereka dipelopori bangsa Melayu.

“Kita tak nampak sokongan orang Melayu khususnya golongan muda kini kepada PKR, Parti Amanah Negara (AMANAH) atau DAP.

“Keputusan PRN di Melaka dan Johor lalu jelas membuktikan sokongan Melayu tidak memihak kepada mereka apabila hilang kawasan yang mereka bertanding di mana kawasan terbabit majoritinya adalah bangsa Melayu Islam,” katanya.

Berita berkaitan
Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan
45 minit lalu· Politik
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023· Politik
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023· Politik
Popular
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
PH pun ada ‘virus’, syok bercakap saja, kata ahli MT UMNO
January 19, 2023
Lagi Politik terkini
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023 · Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023 · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023 · Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023 · Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
16 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok