Jika UMNO bersama PN, PH boleh ‘tutup buku’, kata PAS

October 24, 2021 · Politik

Pakatan Harapan (PH) boleh “tutup buku” sekiranya semua parti dalam Perikatan Nasional termasuk UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Datuk Seri Khairuddin Aman Razali.

Dalam tulisan di Facebooknya, Khairuddin dengan yakin berkata, 21 daripada 28 kerusi yang ditandingi sudah selamat dalam genggaman dan kemenangan pada PRN Melaka akan menjadi satu kemenangan yang sangat dijangka jika UMNO dan Bersatu bertandig di kerusi yang disandang.

Kemenangan yang sangat dijangka itu diperolehi daripada penyokong ketiga-tiga parti iaitu UMNO, Bersatu dan PAS jika mereka bertanding di DUN sama yang dimenangi sebelum ini manakala di 12 kerusi milik lawan pula, lima kerusi DUN dijangka menjadi kerusi sangat selamat untuk dimenangi atas nama muafakat, katanya.

“Dengan itu PN dan MN (Muafakat Nasional) gagah untuk memenangi PRN Melaka dengan 21 kerusi daripada 28 kerusi DUN Melaka.

“PH boleh tutup buku,” kata ahli parlimen (MP) Kuala Nerus itu. 

MN merupakan kerjasama antara UMNO-BN dan PAS, manakala PN ialah gabungan dianggotai Bersatu dan PAS serta parti-parti lain.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok