Jika saya tunggu habis penggal, rakyat yang rugi: Hasni

February 14, 2022 · Politik

Rakyat Johor akan rugi sekiranya tidak dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi memberi laluan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan, kata Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad.

Menteri Besar itu berkata kerajaan negeri tidak boleh dikekalkan sehingga tamat penggal pada tahun hadapan dan PRN perlu diadakan atas alasan untuk mewujudkan kestabilan politik, ia walaupun negara masih berdepan cabaran pandemik Covid-19 dan rakyat negeri itu baharu sahaja berdepan bencana banjir baru-baru ini.

“Hendak mengadakan PRN ini bukan sebab saya terpaksa dan terdesak tetapi langkah itu diambil demi kestabilan negeri Johor kerana kita mahu terus bergerak ke hadapan lagi.

“Kalau saya terus tunggu setiap hari selama 481 hari bermula 22 Januari lalu iaitu sejak Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan sehingga tamat penggal (ke-14) tahun depan itu merugikan rakyat.

“Boleh sahaja saya tunggu, lama tu (sehingga terbubar sendiri)… seronok duduk di pejabat. Orang panggil Yang Amat Berhormat, orang panggil Menteri Besar tetapi merugikan rakyat,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia hari ini.

Hasni juga dalam wawancara tersebut mempertahankan kerajaan negeri yang ditadbirnya tidak gagal seperti didakwa pihak tertentu.

“Ketika saya ambil alih (28 Februari 2020), kita berdepan ancaman Covid-19 dan perintah kawalan yang menyekat pergerakan. Bisnes terpaksa tutup sejak tahun pertama (2020) dan disambung lagi selepas itu.

“Malah, sampai sekarang pun kita masih berdepan kekangan sempadan yang belum dibuka dan kemasukan pelaburan juga belum berlaku. Tetapi, dalam konteks Johor meskipun kita terpaksa kurangkan hasil negeri sehingga 20 peratus namun perbelanjaan kepada rakyat tidak pernah gagal,” katanya.

Untuk rekod, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggarkan kos mengendalikan PRN Johor mencecah RM96 juta.

Pada 22 Jan, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menandatangani notis untuk membubarkan DUN Johor selepas Hasni mengadapnya dan membuka jalan kepada pilihan raya diadakan sebelum 23 Mac.

Terdahulu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Muhammad Md Nor berkata sekiranya banyak kerusi yang dimenangi UMNO maka negara dan pentadbiran kerajaan negeri akan menjadi tidak stabil kerana mereka sibuk berebut kuasa dan boleh sesuka hati mengadakan pilihan raya seperti yang berlaku di Melaka dan Johor.

Satu-satunya formula untuk memastikan kestabilan politik negara dan seluruh negeri adalah dengan memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) memenangi sedikit sahaja kerusi, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat itu.

“Formula mudah untuk melihat kestabilan politik di Malaysia dan di negeri-negeri seluruh negara…Formulanya ialah bila kerusi UMNO kurang, sangat-sangat kurang sehingga kalau dia (UMNO) tarik diri pun kerajaan tak tumbang itu lah formula mewujudkan kestabilan politik di Malaysia.

“Formulanya ialah dan saya sedar bila saya datang ke Johor ini… Kena kerusi UMNO sikit baharu aman kalau banyak kacau.

“Tuan-tuan tengok di Melaka, banyak kerusi dia (UMNO)… Akhirnya, dia das kawan dia sendiri (tumbangkan kerajaan sendiri) sehingga tumbang kerajaan Melaka.

“Kerusi dia (UMNO) disini Johor banyak juga, tumbang kerajaan negeri apabila dia (UMNO) sendiri tumbangkan buat PRN (Pilihan Raya Negeri) disaat rakyat kesusahan,” katanya semasa pelancaran jentera Pemuda Perikatan Nasional di Batu Pahat pada Sabtu.

Berita berkaitan
Kit Siang mahu PM isytihar tiada PRU sebelum bentang Bajet
33 minit lalu· Politik
Tunggu bubar Parlimen, baharu Khairuddin umum sertai parti baharu
5 jam lalu· Politik
Belum buat keputusan pilih kerusi bertanding, baik Anwar pilih Bagan Datuk
September 25, 2022· Politik
Mat Maslan dakwa kenyataan palsu Zahid dicalon jadi PM selepas keputusan mahkamah
September 25, 2022· Politik
Popular
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
September 25, 2022
Walaupun diasak UMNO, PM belum dapat ilham bila nak bubar Parlimen
September 26, 2022
PRU-15: Lagi pemimpin UMNO mahu bantu Khairy, tawar kerusi Parlimen
September 25, 2022
Pihak dakwa Melayu gagal perintah negara buta sejarah: Hadi Awang
September 25, 2022
Lagi Politik terkini
Walaupun diasak UMNO, PM belum dapat ilham bila nak bubar Parlimen
9 jam lalu · Politik
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
18 jam lalu · Politik
PH berhaluan kiri, mentaliti UMNO pula rasuah, kleptokrasi: Wan Saiful
21 jam lalu · Politik
Pihak dakwa Melayu gagal perintah negara buta sejarah: Hadi Awang
23 jam lalu · Politik
Kos meningkat jika tarikh PRU, PRN berasingan: Mustapa
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
2 jam lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok