Jika PH pilih saya jadi KM mungkin sebab kualiti, kata Idris Haron

October 8, 2021 · Politik

Bukan angkuh tapi itulah kenyataannya sekiranya saya dipilih sebagai Ketua Menteri (KM) Melaka oleh Pakatan Harapan (PH) mungkin kerana ada kualiti yang mereka kehendaki, kata mantan KM negeri itu, Datuk Seri Idris Haron.

Masih bercita-cita untuk kembali ke jawatan itu setelah menduduki kerusi KM ke-10 Melaka, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang itu berkata menduduki kerusi KM bukan seperti menukar pakaian.

Namun katanya jika PH memilih beliau menduduki kerusi KM, ia mungkin disebabkan menepati kualiti yang diharapkan gabungan parti itu.

“Saya masih bebas setelah dipecat UMNO, PH adalah satu opsyen, dan ramai pemimpin parti menghubungi saya bertanya khabar dan berita. Sama-samalah kita tunggu, biarlah kemelut ini selesai dahulu.

“Menduduki kerusi Ketua Menteri ini bukannya seperti tukar pakaian. Oleh kerana gabungan baharu ini mempunyai latar belakang yang berkepelbagaian dan kebolehan iktisas.

“Ia tidak mudah, namun jika mereka (PH) memilih saya, ia mungkin kerana menepati standard kualiti yang diharapkan oleh mereka, bukan dengan hanya ditunjuk-tunjuk dan menjadi budak suruhan,” kata Idris seperti dipetik dari Astro Awani.

Mengenai tindakan UMNO memecat beliau kerana melanggar tata etika parti, Idris berkata tindakan perlu diambil kepada pemimpin yang mengadakan perbincangan dengan DAP.

“UMNO boleh mengambil tindakan kepada ahli yang melanggar tata etika parti, namun ia mestilah istiqamah, jangan ada hukuman terpilih.

“Pengerusi Perhubungan dan Timbalannya mengadakan perbincangan dengan DAP, kononnya nak menyelamatkan kerajaan yang hampir tumbang dengan pelbagai tawaran,” katanya merujuk tindakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang berunding dengan DAP tatkala kerajaan negeri hampir tumbang.

“Bagaimana dengan dasar parti UMNO yang mengatakan ‘No DAP, No Anwar’? Saya yakin mereka akan selamat dari sebarang tindakan, hak untuk didengar dan natural justice tidak dihayati nampaknya,” kata Idris.

Ketika bercakap kepada Utusan semalam, Idris berkata orang Melayu tidak menerima DAP disebabkan momokan UMNO juga.

“Kita bagi tahu DAP ini ‘sosialis’ dan sebagainya. Cerita dia (DAP), kita pun tak betulkan juga. Kalau tak dapat terima dan you lost connection, buat apa. Kita terima MCA, tapi MCA tak bantu pun,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengesahkan bertemu dengan Presiden Parti Amanah Nasional (Amanah), Mohamad Sabu semalam setelah mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam kenyataan ringkas kepada wartawan, Idris berkata, pertemuan yang berlangsung itu hanyalah perjumpaan biasa dengan pemimpin pembangkang.

“Tiada sebarang tawaran, dia (Mohamad Sabu) ucap tahniah dan teruskan perjuangan mencegah kemungkaran dan membina kesejahteraan rakyat,” katanya.

Berita berkaitan
Reka bentuk pun belum siap, bagaimana Hisham boleh kata LCS akan siap setahun dua?
1 jam lalu· Isu semasa
BN umum keputusan permohonan parti Zuraida minggu hadapan: Tok Mat
20 jam lalu· Politik
Rafizi senaraikan punca kos kapal tak siap naik tiga kali ganda
21 jam lalu· Politik
Semua petugas SPR negeri sudah bersedia hadapi PRU-15, kata Pengerusi
August 9, 2022· Politik
Popular
Lebih baik GTA sertai PN
August 9, 2022
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
August 9, 2022
Rafizi senaraikan punca kos kapal tak siap naik tiga kali ganda
August 9, 2022
Ada lagi satu skandal besar selepas LCS, dedah Ketua Pemuda PAS
August 8, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15
1 jam lalu · Politik
Lebih baik GTA sertai PN
14 jam lalu · Politik
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
15 jam lalu · Politik
RUU antilompat parti tak terpakai kepada Ahli Dewan Negara: PM
22 jam lalu · Politik
UMNO Johor sedia tunggu berentap dengan Rafizi, kata Hasni
August 9, 2022 · Politik
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok