Jika Disember banjir, buat pilihan raya November: Mat Maslan

September 18, 2022 · Politik

Pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) dijangka akan tetap diadakan juga pada tahun ini, kata Datuk Seri Ahmad Maslan.

Setiausaha Agung UMNO itu berkata jangkaan tersebut dibuat selepas ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang secara jelas memberi isyarat akan membuat keputusan tidak lama lagi untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan PRU-15 diadakan.

Jelasnya, UMNO yakin PRU-15 akan diadakan sekitar Oktober sehingga Disember ini dengan berkata sekiranya Disember banjir maka PRU-15 perlu diadakan pada November dan perlu dibubarkan Parlimen pada Oktober.

“UMNO yakin PRU15 akan diadakan pada Oktober hingga Disember ini. Tetapi kena elak sebelum banjir.

“Jika banjir Disember, jangan buat (PRU15) Disember. November pun boleh pilihan raya. Kalau pilihan raya pada November, maknanya kena bubar (Parlimen) Oktober,” katanya dipetik laporan media.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa meneruskan tekanan kepada Ismail Sabri supaya mengadakan PRU-15 segera berkata walaupun banjir jentera UMNO sedia berkempen.

Untuk rekod, musim tengkujuh kebiasaannya melanda negara pada hujung tahun dan menyebabkan bencana banjir melanda di beberapa buah negeri.

Ismail Sabri pada program sama juga berkata tarikh PRU-15 akan diputuskan tidak lama lagi dengan berkata ‘sikit saja lagi’, sekaligus memberi isyarat PRU-15 semakin hampir.

Dalam pada itu, Ahmad turut mengesahkan pertemuan ‘Top Five’ UMNO pada 30 September ini tetap diadakan seperti yang dijadualkan.

“Saya yakin ucapan Perdana Menteri semalam itu bertitik tolak dari pertemuan dan rundingan ‘top five’ secara tidak rasmi.

“Sebenarnya setiap kali sebelum Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, akan diadakan dahulu mesyuarat ‘top five’ diikuti mesyuarat Biro Politik UMNO pada sebelah petang.

“‘Top Five’ ini sering bertemu secara tidak rasmi serta tidak diumumkan secara terbuka di media. Itu tidak termasuk pertemuan tidak rasmi ‘Top Five’ di luar,” jelas beliau.

‘Top five’ UMNO merujuk kepada lima kepimpinan tertinggi parti terdiri daripada Presiden, Zahid; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ismail Sabri.

Berita berkaitan
Buat PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 itu satu ‘penipuan’, kata penganalisis
11 jam lalu· Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.7O berbanding dolar
11 jam lalu· Isu semasa
Guna isu banjir elak PRU awal, Zahid kata pembangkang munafik
13 jam lalu· Politik
Bukan salah UMNO apabila kerajaan gagal, kata Azalina
13 jam lalu· Politik
Popular
Bukan salah UMNO apabila kerajaan gagal, kata Azalina
September 29, 2022
Hanya dengan letak Ahmad Said sebagai ‘poster boy’, UMNO menang Terengganu: Rozi
September 29, 2022
MB Kelantan jawab dakwaan Nur Jazlan kata PAS guna alasan banjir tolak PRU-15
September 29, 2022
Guna isu banjir elak PRU awal, Zahid kata pembangkang munafik
September 29, 2022
Lagi Politik terkini
MB Kelantan jawab dakwaan Nur Jazlan kata PAS guna alasan banjir tolak PRU-15
13 jam lalu · Politik
UMNO yang tolak dan anggap sebagai musuh dahulu, kata ahli MPT Bersatu
17 jam lalu · Politik
Aneh apabila pembangkang pula tak mahu PRU awal, kata Rahman Dahlan
17 jam lalu · Politik
DAP tolak PRU awal walaupun terpaksa terima kerajaan huru-hara, kata Loke
18 jam lalu · Politik
Hanya dengan letak Ahmad Said sebagai ‘poster boy’, UMNO menang Terengganu: Rozi
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Guru besar kekal sebagai pentadbir sekolah, kata Radzi
7 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan masih kaji kanabis sebagai rawatan penagih, bukan hukuman
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok