Jika diburukkan UMNO tuding Bersatu, kenapa musuh lain tidak?

June 13, 2021 · Politik

Pemerhati politik menyifatkan dua hal iaitu permusuhan dan hubungan intim menjadi penyebab utama UMNO sering menghalakan serangan terhadap Bersatu jika ada isu yang didakwa tindak benar atau memfitnah mereka.

Mengambil contoh penyebaran poster Jajaran Harapan dan pengedaran surat palsu pemecatan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, pemerhati politik juga berpendapat UMNO tidak boleh menuduh Bersatu menjadi dalang di sebalik kedua-dua isu itu.

“Boleh jadi ia dilakukan oleh ‘musuh-musuh’ politik UMNO yang lain, kerana hanya mahu melihat Bersatu-UMNO terus bercakaran.

“Boleh jadi juga dilakukan oleh mana-mana mereka (parti lain) tapi jari UMNO lebih sangsi kepada Bersatu,” kata penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Salawati Mat Basir.

Bercakap kepada Agenda Daily beliau berkata kemungkinan tuduhan ke atas Bersatu itu disebabkan isu pengkhianatan, lompat parti, dan dakwaan curi ahli.

“Jadi ini semua sebab permusuhan terus berlarutan,” katanya.

Katanya, UMNO seringkali mengaitkan apa yang terjadi disebabkan oleh Bersatu berkemungkinan berpunca daripada ‘perseteruan’ lama mereka.

“Ini kerana perseteruan UMNO dan Bersatu bukan rahsia lagi. Jadi jika apa-apa yang dilihat memburukkan UMNO, maka yang lebih disyaki dilakukan oleh Bersatu,” katanya.

Sementara itu, Penganalisis politik Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata UMNO menghalakan serangan ke arah Bersatu berdasarkan hubungan rapat Hishamuddin dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

“Jadi hubungan intim Hishamuddin dengan Bersatu dilihat lebih mesra berbanding hubungan dengan pimpinan UMNO lain. Maka ia menimbulkan kecurigaan dalam kalangan ahli UMNO sendiri,” katanya.

Jelasnya, dalam konteks ini khususnya apabila Yang di-Pertuan Agong memanggil ketua-ketua parti untuk menghadap mengenai situasi Covid-19 dan ekonomi negara, maka timbul pelbagai persepsi, interpretasi malah propaganda dalam kalangan pengikut pimpinan parti masing-masing.

“Ia mungkin dilakukan oleh musuh politik atau dilakukan untuk uji pasaran politik dari segi reaksi dan penerimaaan rakyat.

“Maka masing-masing pengikut saling menuduh dan bersaing dari segi untuk memenangi naratif politik yang hendak dibawa dan dipengaruhi,” katanya.

Terdahulu, UMNO menafikan memecat Hishammuddin selepas tular sekeping surat yang didakwa melucutkan keahlian Ketua UMNO Bahagian Sembrong itu dalam media sosial.

Dalam satu kenyataan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata surat yang tular tersebut palsu dan disebarkan untuk tujuan memfitnah pimpinan parti itu.

Pada masa sama Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki mendakwa poster Jajaran Harapan yang menampilkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama-sama dengan pemimpin Pakatan Harapan disebarkan penyokong Bersatu.

Berita berkaitan
Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan
2 jam lalu· Politik
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023· Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023· Politik
Popular
Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan
December 7, 2023
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
Lagi Politik terkini
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023 · Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023 · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023 · Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023 · Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
17 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok