Jika bergerak solo, UMNO tak boleh guna lambang BN

April 7, 2021 · Politik

UMNO mungkin memulakan penjajaran baharu politik dan perundingan dengan parti-parti lain sekiranya tidak boleh menggunakan lambang Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Penganalisis politik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali yang melihat perkembangan politik selepas Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) baru-baru ini, berpendapat perkembangan dalam parti itu menggusarkan.

Katanya, parti komponen lain, seperti MIC dan beberapa parti lain telah menyuarakan pandangan yang tidak selari dengan UMNO sebagai parti induk kepada BN.

“Sekiranya kita melihat politik di masa depan ini apabila parti-parti ini mula meninggalkan UMNO, dan sekiranya UMNO bersendirian, maka UMNO berisiko untuk tidak boleh menggunakan lambang BN,” katanya dalam temubual dengan sebuah stesen televisyen, hari ini.

Beliau berkata, untuk menggunakan nama dan lambang BN itu memerlukan sekurang-kurangnya tiga parti komponen yang boleh beroperasi.

“Maka pada masa itu mungkin penjajaran baharu politik, perundingan, simulasi akan dibuat yang mungkin akan mengubah suasana dan juga kedudukan landskap politik di Malaysia,” katanya.

MIC baru-baru ini semasa perhimpunan agung mereka juga seakan memberi isyarat kemungkinan untuk keluar dari BN, malah menyatakan kesetiaan mereka untuk bersama kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Spekulasi juga tercetus berhubung masa depan BN apabila mesyuarat Dewan Tertinggi BN terpaksa dibatalkan selepas parti komponen BN mendakwa tidak menerima notis tentang pemakluman mesyuarat pada malam Isnin tersebut.

Mesyuarat tersebut dikatakan sepatutnya dihadiri MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Khabar angin semakin kuat mengatakan MIC dan MCA kemungkinan meninggalkan gabungan tersebut yang sudah mereka sertai sejak sekian lama.

Mengenai arahan Zahid supaya pegawainya membuat laporan polis berkaitan isu klip audio yang didakwa perbualannya dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mazlan berkata, tindakan itu adalah komitmen Zahid untuk menunjukkan beliau mahu membuktikan audio itu adalah fitnah.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
PRU-15: Perutusan Khas Muhyiddin
November 18, 2022
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
PKR berharap Azalina dilantik jadi Yang di-Pertuan Dewan Rakyat
September 3, 2021
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok